بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum, salam sejahtera.....
Kulit wajah kusam dan berminyak merupakan keadaan yang sangat merungsingkan. Kulit wajah kusam dan berminyak pada dasarnya disebabkan oleh minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kulit kita sendiri. Minyak tersebut berfungsi untuk melindungi kulit dari bahaya luar seperti pencemaran, habuk, radikal bebas dan sebagainya. Selain itu, minyak semulajadi pada kulit ini membantu meremajakan sel kulit wajah.

Walaupun berfungsi sebagai pelindung kulit, namun jika pengeluaran minyak pada kulit terlalu banyak, ia boleh menimbulkan pelbagai masalah lain. Minyak berlebihan akan membuat kulit menjadi kusam dan tak berseri, keadaan ini akan menganggu penampilan diri kita. Jika keadaan ini terus dibiarkan, ia boleh menyebabkan masalah kulit seperti timbulnya jerawat, bintik hitam, jeragat dan sebagainya. Kulit wajah yang berminyak dan kusam juga akan menjadikan kita berasa rendah diri.


Masalah Kulit Wajah Kusam Dan Berminyak Serta Cara Mengatasinya

Bagi mengatasi masalah kulit wajah kusam dan berminyak, saya ingin kongsikan beberapa tips untuk mengatasinya, sehingga kulit wajah anda akan sihat dan bersinar kembali. Jadi sebelum kita membincangkan tentang cara mengatasi masalah kulit wajah yang kusam dan berminyak, jom kita kenali dulu apa penyebab kulit wajah kusam dan berminyak, agar kita lebih mudah untuk mencari penyelesaiannya.

Penyebab Kulit Wajah Kusam Dan Berminyak :
1.  Corak Pemakanan.
Punca utama kulit wajah menjadi kusam dan berminyak adalah kerana corak pemakanan yang tidak sihat. Ada beberapa makanan yang menjadi penyebab kulit wajah menjadi kusam dan berminyak. Antaranya adalah suka makan makanan berlemak seperti makanan bergoreng, makanan yang bersantan dan juga suka makan makanan ringan atau 'junk food'. Jadi sebaiknya kita elakkan mengambil makanan tersebut agar kulit wajah kita bebas dari kusam dan berminyak.

2.  Cara Hidup Yang Tidak Sihat.
Cara hidup yang tidak sihat juga boleh mempengaruhi keadaan kulit wajah kita. Cara hidup yang tidak sihat seperti malas bersenam, sentiasa sibuk hingga tidak cukup rehat dan sebagainya, menyebabkan kulit wajah kita menjadi kusam dan berminyak, malah yang lebih menakutkan lagi, kulit akan cepat berkedut dan kelihatan tua sebelum waktunya. Mesti rasa sedih kan, kalau umur masih muda, tapi orang tengok muka kita macam orang yang dah berusia. Contoh lah, umur baru 30++ tahun, tapi wajah kita kelihatan macam dah 40++ tahun!

3.  Faktor Persekitaran.
Faktor persekitaran juga berpengaruh besar terhadap kulit wajah yang kusam dan berminyak. Jika kita tinggal di kawasan kejiranan yang tidak sihat, tercemar dan berdebu akan membuat kulit menjadi kusam dan berminyak. Debu pencemaran akan melekat pada kulit wajah dan menyumbat pori-pori kulit sehingga akhirnya menimbulkan pelbagai masalah pada kulit wajah kita, seperti timbulnya jerawat, jeragat, alahan kulit, kulit gatal-gatal dan sebagainya.

4.  Salah Pilih Produk Kosmetik.
Kosmetik berfungsi sebagai membantu untuk menyerlahkan kejelitaan seorang wanita, namun kosmetik juga boleh menjadi racun yang boleh merosakkan kulit wajah. Kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit wajah akan merosakkan kulit sehingga menjadikan kulit wajah kusam dan berminyak, serta pelbagai masalah kulit yang lain. Jika kosmetik yang digunakan adalah kosmetik tiruan atau mengandungi bahan-bahan yang beracun dan terlarang, maka ini akan menjadi lebih berbahaya kerana boleh menyebabkan kanser kulit. Oleh sebab itu berhati-hati dalam memilih kosmetik. Pilih kosmetik yang sesuai dengan kulit wajah kita dan bebas dari bahan yang beracun dan terlarang.

5.  Faktor Genetik Atau Keturunan.
Kulit wajah kusam atau berminyak juga disebabkan oleh keturunan. Jika orang tua kita mempunyai kulit wajah yang kusam dan berminyak, kemungkinan besar, kita juga akan mendapat kulit yang kusam dan berminyak.

6.  Kurang Pengambilan Air Putih.
Pengambilan air putih yang cukup sangat penting untuk kesihatan tubuh dan kecantikan kulit. Air putih berfungsi untuk membuang toksin dalam badan serta mengekalkan kelembapan kulit. Kekurangan air putih akan menyebabkan tubuh menjadi dehidrasi, banyak sel-sel yang mati, kulit akan menjadi kering, kusam dan cepat berkedut. Oleh sebab itu penuhi keperluan air harian kita iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

7.  Kurang Tidur.
Kurang tidur akan memberi kesan buruk kepada kulit wajah kita. Orang yang kurang tidur akan mempunyai kulit wajah yang pucat, kusam, berminyak dan cepat berkedut. Sewaktu kita tidur, sel kulit akan melakukan pembaikan dan pertumbuhan semula sel, jika kita kurang tidur, itu akan menganggu pertumbuhan semula sel kulit yang baru.

8.  Tekanan Atau Stress.
Stress atau tekanan yang berlebihan juga boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan berminyak. Orang yang stress biasanya akan menghasilkan lebih banyak minyak. Oleh itu cuba elakkan stress.

Ada banyak cara untuk mengatasi masalah kulit kusam dan berminyak. Berikut adalah beberapa cara mudah dan cepat bagi mengatasi masalah kulit kusam dan berminyak.

Masalah Kulit Wajah Kusam Dan Berminyak Serta Cara Mengatasinya

1. Membersihkan Kulit Wajah Secara Teratur.
Perkara paling penting untuk mengatasi masalah kulit wajah kusam dan berminyak adalah dengan membersihkan kulit wajah secara teratur. Gunakan pembersih muka yang sesuai dengan kulit wajah kita. Dengan demikian kulit wajah kita akan bersih dan bebas dari kekotoran, minyak dan sebagainya. Ini akan membantu melindungi kulit wajah kita daripada kusam dan berminyak.

2.  Minum Banyak Air Putih.
Seperti yang kita ketahui, salah satu penyebab kulit kusam dan berminyak adalah kerana kulit kekurangan air. Bukan setakat kulit kusam dan berminyak saja, malah masalah kulit lain seperti jerawat, jeragat, kedutan dan sel kulit mati juga akan mudah muncul jika kulit kita kekurangan air putih. Jadi adalah sangat penting untuk kita minum air putih secukupnya dalam sehari. Paling bagus 8 gelas sehari atau lebih.

3.  Bersukan.
Bersukan tidak hanya bermanfaat untuk tubuh sahaja, bersukan juga dapat menjaga dan mengekalkan keanjalan dan kecantikan kulit. Bersukan akan membantu menjadikan kulit kelihatan anjal dan awet muda, serta mencegah kulit kusam dan berminyak. Ini kerana bersukan akan melancarkan pengaliran darah.

4.  Pemakaian Krim Pelembab Wajah.
Pemakaian krim pelembab sangat penting untuk mencegah kulit kusam dan berminyak. Pilihlah krim pelembab yang berasaskan air atau yang sesuai dengan kulit wajah kita.

5.  Rehat Secukupnya.
Kurang tidur atau sering berjaga sehingga lewat malam akan menyebabkan kulit menjadi pucat, kering, kusan berminyak dan cepat berkedut. Ini kerana pertumbuhan semula sel-sel kulit terganggu. Pastikan kita mendapat rehat dan tidur yang cukup iaitu 8 jam setiap malam.

6.  Hindari Stress Atau Tekanan.
Apabila tubuh mengalami stress, kulit akan menghasilkan lebih banyak minyak. Jadi cuba untuk hindari atau kurangkan stress, supaya kulit kita bebas dari masalah kusam dan berminyak.

Masalah Kulit Wajah Kusam Dan Berminyak Serta Cara Mengatasinya

7.  Hindari Makanan Berlemak Dan Berminyak.
Kita harus mengelakkan makanan penyebab kulit berminyak seperti makanan yang bergoreng, makanan yang bersantan, 'junk food' dan sebagainya.

8.  Gunakan Masker Wajah Yang Semulajadi.
Paling bagus gunakan masker wajah dari bahan yang semulajadi, kerana ianya adalah selamat dan murah. Di antaranya adalah seperti, masker limau nipis, masker timun, masker tomato, masker putih telur, masker susu, masker yougurt dan banyak lagi, yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah kulit yang kusam dan berminyak.

Selain itu juga kita boleh mengatasi masalah kulit wajah kusam dan berminyak ini dari dalaman, iaitu dengan pengambilan beberapa vitamin untuk kulit sihat dan cantik. Baca di sini <<Set Kulit Sihat Dan Cantik>>

Inilah antara perkara yang boleh kita lakukan untuk mengatasi kulit wajah kusam dan berminyak. Sayangilah kulit wajah kita. Kulit wajah yang sihat dan cantik, menjadikan kita lebih berkeyakinan dalam penampilan.

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma, boleh hubungi saya Aini Musa 019-6436589.

Anda berminat untuk menjadi pengedar sah Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terbukti selamat dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei. Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!
 Klik Sini
(Shaklee id : 1118070)
Sms/whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Taman Asean, Batu Berendam, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.

** Penghantaran Melalui Pos Untuk Seluruh Malaysia.

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Setiap wanita berhak untuk cantik, malah mengimpikan kulit yang sihat, cantik, gebu dan anjal kan. Selain daripada penggunaan produk kecantikan luaran, pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang, pengambilan air yang banyak, pengambilan beberapa vitamin tertentu, untuk kecantikan kulit juga adalah sangat penting ye. Ini kerana, jika dalaman kita sihat, secara tak langsung akan terpancar wajah yang cantik berseri.

Kominasi Vitamin Hebat Untuk Kulit Sihat, Cantik Dan Anjal.

Jadi mari saya perkenalkan, beberapa kombinasi vitamin yang boleh membantu kita untuk mendapatkan kulit yang sihat, cantik, gebu dan anjal. Wanita mana yang tak gembira, jika dapat pujian daripada suami dan rakan-rakan yang memuji kulit kita sihat, cantik, gebu dan anjal kan..... Lagi satu, dengan pengambilan kombinasi vitamin-vitamin untuk kulit cantik ni kan, bonus yang kita dapat adalah, kulit yang cantik bukan setakat di wajah saja, malah seluruh badan tau.

Berikut adalah beberapa kombinasi vitamin, untuk mendapatkan kulit yang sihat, cantik, gebu dan anjal, yang ingin saya kongsikan. Tiga vitamin asas untuk kulit sihat dan cantik adalah Vitamin B Complex, SR Vita C Plus dan Vitamin E. Namun jika ingin mendapatkan hasil yang lebih mantap lagi, bertahan lama dan anti penuaan, bolehlah 'add on' ESP, GLA Complex dan Collagen Powder. Jika ada bajet lebih, boleh tambah dengan Vivix, satu lagi vitamin terhebat Shaklee abad ini. 

Jom lihat apa fungsi dan keistimewaan setiap vitamin untuk cantik ni :


Kominasi Vitamin Hebat Untuk Kulit Sihat, Cantik Dan Anjal.

Apakah kebaikan Vitamin B Complex sebenarnya?
Banyak sebenarnya kebaikan Vitamin B Complex ni, antaranya ialah untuk mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, nak cantik kita tak boleh stress, nanti cepat nampak tua, so ambilah Vitamin B Complex untuk kawal stress. Selain tu Vitamin B Complex juga membantu dalam menstabilkan sistem saraf dan meningkatkan proses pemikiran, mencegah barah serviks, penyakit jantung, kecacatan spina, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular yang lebih baik dan banyak lagi.

SR Vita C Plus merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Kolagen mampu mempertingkatkan keanjalan kulit, menghalang kedutan dan menghalang otot manjadi lembik. Vitamin C juga berperanan untuk mencantikkan kulit, pengambilan Vitamin C yang mencukupi setiap hari, membantu bagi mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan proses penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama terjadinya jeragat.

Vitamin E juga dikenali sebagai Vitamin Anti-Penuaan. Pengambilan 1 kapsul Vitamin E setiap hari dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ia mampu memulihkan tekstur dan tona kulit, dada dan otot peha. Sangat berkesan untuk membaiki parut, bengkak dan ulser kulit. Boleh terus disapukan pada luka untuk mengurangkan kesan parut. Vitamin E juga sesuai untuk dibuat masker wajah. Emm..... hebat ke hebat Vitamin E Shaklee ni kan.....

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan GMO yang berkualiti tinggi, dengan semua asid amino yang tubuh kita perlukan bagi proses sintesis protein, termasuk sembilan asid amino penting. Asid amino berperanan untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar manusia. 

Pengambilan ESP Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit dan otot muda serta memastikan kita sentiasa bertenaga. ESP juga merangsang regenarasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian, keanjalan dan kelembutan kulit, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.

Kominasi Vitamin Hebat Untuk Kulit Sihat, Cantik Dan Anjal.

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan Vitamin E. Mengatasi masalah jeragat dan memperbaiki struktur kulit muka. Menjadikan kulit lebih sihat, cantik, anjal dan berseri-seri. Ia juga membantu memperlahankan proses penuaan.

Kominasi Vitamin Hebat Untuk Kulit Sihat, Cantik Dan Anjal.
Shaklee Collagen Powder, merupakan supplemen kolagen hebat yang mengandungi 4000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1000 dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. 

Collagen Powder terbukti berkesan untuk meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%, mengurangkan kekasaran dan kekeringan kulit 75%, meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit sehingga 69%, meningkatkan keanjalan dan elastisiti kulit sehingga 55%, meningkatkan keserian, tona dan warna kulit yang sekata sehingga 50% dan mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%. Best kan Collagen Powder Shaklee ni.....


Kominasi Vitamin Hebat Untuk Kulit Sihat, Cantik Dan Anjal.

7.  Vivix Shaklee.
Dikalangan pengedar-pengedar shaklee, Vivix ini dikenali sebagai "Tonik Ajaib" yang membantu mempertingkatkan kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Vivix adalah minuman campuran botani yang merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Isi kandungannya adalah hasil campuran Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi dan "Purple Carrot" yang mengandungi kandungan polifenol yang sangat tinggi. 

Polifenol adalah sebatian tanaman yang mempunyai ramuan yang kaya dengan antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix sangat bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA, sekaligus mengembalikan keremajaan kepada tubuh dan anda akan terasa muda 20 tahun dari usia! Wow! Best kan Vivix ni.....

Berikut disertakan beberapa testimoni untuk set vitamin kulit cantik yang sangat berpuashati dengan kesan yang mereka dapat setelah mengambil set vitamin ni :

# Testimoni 1
Kominasi Vitamin Hebat Untuk Kulit Sihat, Cantik Dan Anjal.

# Testimoni 2
Kominasi Vitamin Hebat Untuk Kulit Sihat, Cantik Dan Anjal.
# Testimoni 3
Kominasi Vitamin Hebat Untuk Kulit Sihat, Cantik Dan Anjal.

# Testimoni 4
Kominasi Vitamin Hebat Untuk Kulit Sihat, Cantik Dan Anjal.

# Testimoni 5
Kominasi Vitamin Hebat Untuk Kulit Sihat, Cantik Dan Anjal.

# Testimoni 6
Kominasi Vitamin Hebat Untuk Kulit Sihat, Cantik Dan Anjal.

Bagi anda yang sedang mencari vitamin yang terbaik untuk diri anda, bagi mendapatkan kulit yang sihat, cantik, gebu dan anjal serta awet muda, jangan tunggu lagi, bertindaklah sekarang untuk menghubungi saya Aini Musa 019-6436589, untuk mendapatkan vitamin-vitamin shaklee ini. Jadilah individu yang bijak, pilihlah vitamin yang sentiasa selamat, semulajadi dan berkesan untuk kesejahteraan diri sendiri. Bertukarlah ke arah yang lebih baik.

Jom Cantik! Jangan tua sebelum waktunya! Setiap wanita berhak untuk kelihatan sihat dan miliki kulit yang cantik. Wanita, anda begitu berharga!

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma, boleh hubungi saya Aini Musa 019-6436589.

Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terbukti selamat dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei. 

Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!
 Klik Sini

(Shaklee ID : 1118070)
Sms/whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

#  Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Taman Asean, Batu Berendam, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.

** Penghantaran Melalui Pos Untuk Seluruh Malaysia.

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Sebenarnya kita boleh melakukan rawatan kulit kita sendiri di rumah. Kita boleh mencuba pelbagai resepi rawatan kulit bagi mendapatkan kulit yang putih, bersih, halus dan gebu, dengan hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi, yang sudah diturunkan secara turun-temurun dari nenek moyang kita dahulu. Selain ianya selamat, tiada kesan sampingan, tiada bahan terlarang, malah ia sangat menjimatkan kos, kerana kesemua bahan-bahan yang digunakan itu sememangnya terdapat di dapur rumah kita. Cuma caranya mungkin agak rumit sedikit. Namun begitu, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

Cara Mendapatkan Kulit Yang Putih, Bersih, Halus Dan Gebu Dengan Bahan Semulajadi

Ok lah, jom kita teruskan. Berikut ini adalah beberapa cara merawat wajah dengan menggunakan bahan semulajadi, yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan kulit yang putih, bersih, halus, gebu dan cantik.

Cara Mendapatkan Kulit Yang Putih, Bersih, Halus Dan Gebu Dengan Bahan Semulajadi

1.  Putih Telur.
Di dalam putih telur terdapat dua zat yang bermanfaat untuk melembabkan dan memutihkan kulit, zat tersebut adalah lutein dan zeaxanthin. Kedua-dua bahan tersebut dapat melindungi kulit kita dari sinar Ultraviolet sehingga kulit kelihatan sihat, lembap dan tidak kusam. Ramai juga orang yang menggunakan putih telur untuk dibuat masker, bagi merawat wajah.

Cara Mendapatkan Kulit Yang Putih, Bersih, Halus Dan Gebu Dengan Bahan Semulajadi

2.  Banyakkan Minum Air Putih/Air Masak.
 Minumlah air masak minima 8 gelas sehari, kalau lebih lagi bagus. Air masak dapat membuat badan kita sihat dan segar. Selain dapat menyihatkan badan, minum banyak air masak, dapat menjadikan kulit wajah kita kelihatan lembab dan segar. Orang yang kurang minum air masak, kulitnya akan kelihatan kering dan tidak segar.

3.  Khasiat Buah Avokado.
Buah avocado ini, selain sedap dimakan, ia juga boleh kita gunakan untuk merawat kulit wajah. Caranya mudah, tidak perlu dicampur dengan bahan lain, sapukan saja ke kulit kita. Selain baik untuk kulit, buah avokado juga boleh digunakan untuk merawat rambut.

4.  Buah Strawberi.
Buah strawberi mengandungi Vitamin C yang tinggi. Selain itu buah strawberi mengandungi kolagen yang dapat membantu mencerahkan kulit wajah. Vitamin C juga berperanan aktif dalam memutihkan kulit wajah. Maka itu, perbanyakkanlah pengambilan buah-buahan yang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi.

5.  Buah Tomato.
Buah tomato mengandungi Lycopene, yang dapat melindungi kulit kita dari selaran sinaran matahari. Pengambilan buah tomato dalam jumlah yang cukup setiap hari, dapat merangsang kolagen dalam kulit kita, sehingga kulit kelihatan anjal dan cantik.

6.  Protein Soya.
Soya termasuk dalam jenis kekacang dan kaya dengan protein. Protein soya kaya dengan Isoflavonoid yang sangat bermanfaat dalam menjaga kulit supaya kelihatan muda dan anjal. Pengambilan protein soya dalam jumlah yang cukup setiap hari, dapat membantu menjadikan kulit kita lebih cerah, sihat, gebu, cantik dan awet muda.....

7. Buah Epal.
Dalam buah epal terkandung zat yang bernama Quercetin dan Antioksidan yang dapat membantu mencegah masalah atau kerosakan yang berlaku pada kulit. Amalan memakan buah epal setiap hari, dapat membantu kita terhindar daripada penyakit kanser kulit. Namun harus berhati-hati, terdapat sedikit kandungan racun dalam biji epal, kita pun tak makan bijinya kan. Kalau tergigit pun, racun tersebut tidak terlalu berbahaya kepada manusia.

8.  Lakukan Ritual Kecantikan Setiap Hari Sebelum Tidur. 
Berikut adalah 4 langkah Ritual Kecantikan yang wajib kita amalkan jika ingin dapatkan kulit yang cantik dan awet muda :

Cara Mendapatkan Kulit Yang Putih, Bersih, Halus Dan Gebu Dengan Bahan Semulajadi

8.1  Membersihkan Wajah.
Membersihkan wajah sebelum tidur sangat penting dan banyak manfaatnya, salah satunya adalah untuk membersihkan sisa mekap, kotoran, debu dan juga peluh yang berada di permukaan kulit wajah kita. Ini kerana jika sisa mekap, kotoran, debu dan peluh yang masih melekat di kulit wajah kita, kemudian kita terus tidur, maka proses regenerasi kulit akan terbantut. Bahkan akan mendatangkan masalah pada kulit wajah, seperti munculnya jerawat, kulit menjadi merah dan terasa gatal. Selain itu jika kita rajin melakukan solat sunat tahajud dan sentiasa menjaga solat 5 waktu, wajah kita juga akan kelihatan cantik, berseri dan awet muda sentiasa.

8.2  Menggosok Gigi.
Kenapa harus menggosok gigi? Apa hubungannya dengan kecantikan? Secara logiknya memang menggosok gigi, tiada hubungan dengan menjaga kecantikan. Namun cuba kita bayangkan, apa jadinya jika ada wanita cantik, tapi giginya tidak sihat, misalnya giginya berwarna kuning, rongak dan berlubang. Keadaan ini sudah pasti akan menjejaskan kecantikannya, jadi sebelum itu terjadi maka mulailah menggosok gigi secara rutin, setiap malam sebelum tidur dari sekarang!

8.3  Gunakan Krim Pelembab Malam.
Penggunaan krim pelembab malam amat penting untuk melembabkan dan menyihatkan kulit wajah pada ketika kita tidur. Pada waktu kita tidur, badan kita berada dalam keadaan rehat, maka krim malam ini akan berfungsi merawat kulit wajah kita dan menghasilkan kulit yang cantik yang diidamkan oleh setiap wanita.


Cara Mendapatkan Kulit Yang Putih, Bersih, Halus Dan Gebu Dengan Bahan Semulajadi

8.4  Gunakan Masker
Ok, untuk tips yang terakhir, iaitu kita wajib memakai masker. Tapi di sini saya menyarankan agar kita menggunakan masker yang semulajadi, kerana masker yang semulajadi adalah yang terbaik, lebih selamat, berkesan dan tiada kesan sampingan. Masker berfungsi untuk melembabkan wajah, menghilangkan minyak berlebihan dan menyembuhkan jerawat.

Untuk mendapatkan hasil yang maksima, lakukanlah proses ritual ini setiap hari secara konsistan, kerana proses untuk menjaga kecantikan secara semulajadi ini, memerlukan kesabaran dan memerlukan sedikit masa untuk hasil yang diinginkan. Dengan melakukan proses penjagaan wajah seperti di atas, kita bukan saja akan mendapatkan kulit yang putih, bersih, gebu dan cantik, malah kulit kita akan lebih anjal dan terhindar dari berkedut sebelum waktunya.

Selain dari penjagaan luaran untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, pengambilan beberapa supplemen tertentu adalah sangat penting untuk rawatan dari dalam. Pengambilan Multivitamin, Vitamin B, Vitamin C, Vitamin E, Protein Soya dan Kolagen adalah sangat-sangat membantu untuk mendapatkan kulit yang putih, bersih, cantik, gebu dan anjal secara semulajadi dan berterusan. Supplemen yang terbaik semestinya Vitamin Shaklee. Kenapa? Kerana ianya adalah semulajadi, selamat dan berkesan. Ia juga adalah halal dan ada landmark study.

Demikianlah beberapa tips yang mudah untuk mendapatkan kulit yang putih, bersih, cantik, gebu dan anjal secara semulajadi. Jika anda ada tips-tips lain, sila kongsikan di ruang komen ye, semoga bermanfaat bagi sesiapa yang membacanya.....

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma, boleh hubungi saya Aini Musa 019-6436589

Anda berminat untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terbukti selamat dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei. Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!


(Shaklee ID : 1118070)
Sms/whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Taman Asean, Batu Berendam, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.

** Penghantaran Pos Laju Untuk Seluruh Malaysia.

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Rahim merupakan aset penting bagi seorang wanita. Bagi wanita yang dilahirkan sempurna dengan rahim, wajib menjaga aset penting ini sebaiknya. Rahim ni ibarat enjin bagi seseorang wanita.....Jika baik rahim, maka baiklah kesihatan badan wanita itu.....Kaum wanita memang sepatutnya menjaga rahim atau organ peranakan mereka dengan sempurna dan sehabis baik. Ini kerana, rahim yang sihat adalah sangat penting untuk menampung zuriat yang bakal lahir nanti. Sejak dulu lagi, pelbagai petua dari orang-orang lama, diberikan untuk penjagaan rahim. Seorang doktor juga telah memberi beberapa petua yang sangat bermanfaat, kepada kaum wanita untuk menjaga rahim dengan betul dan sempurna.


Cara Penjagaan Rahim Wanita Yang Patut Diamalkan Supaya Rahim Kekal Sihat Dan Mantap
Teruskan Baca.....

Cara Penjagaan Rahim Wanita Yang Patut Diamalkan Supaya Kekal Sihat - Dr Hamid Arshad.
Penjagaan rahim wanita adalah sangat penting, untuk mengelakkan bahagian yang menjadi lambang kewanitaan ini ditimpa pelbagai penyakit dan tidak boleh berfungsi dengan baik untuk menampung zuriat. Namun ketika ini, semakin ramai wanita yang berdepan dengan masalah ketumbuhan yang berkaitan dengan rahim. Lebih malang lagi jika rahim dihidapi penyakit yang amat digeruni oleh wanita, seperti kanser rahim dan sebagainya sehingga mengakibatkan rahim dibuang, dan tidak boleh berfungsi dengan sepatutnya. Ini sangat menyedihkan..... Atas sebab itu lah Pakar Sakit Puan terkenal, Dr. Hamid Arshad membuat perkongsian ini. 


Cara Penjagaan Rahim Wanita Yang Patut Diamalkan Supaya Rahim Kekal Sihat Dan Mantap
Wanita sangat istimewa, Allah ciptakan rahim untuk wanita sebagai wadah pertumbuhan janin yang bermula dari nutfah, kemudian menjadi alaqah dan mugdah. Seterusnya ia berkembang dan membesar membentuk organ-organ dan anggota badan yang sempurna, dan akhirnya ditiupkan roh dalam umurnya 120 hari (4 bulan). Semua proses ini berlaku dalam perlindungan dan naungan rahim seorang wanita yang sihat rahimnya.

Amat malang sekali jika rahim ditimpa penyakit dan tidak dapat berfungsi dengan sepatutnya. Pada kebiasannya penyakit yang sering menimpa rahim wanita adalah ketumbuhan seperti adenomyosis dan membesar seperti hamil 5 bulan. Gejala yang dialami pesakit ialah senggugut yang teruk, pendarahan yang banyak, serta menjadi mandul. Amat menyedihkan apabila situasi ini berlaku kepada kita. Ketumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim wanita ialah fibroid. Walaupun ia menimbulkan gejala-gejala yang sama seperti adenomyosis, tetapi ia boleh dibuang dengan cara pembedahan dan dipulihkan kemempuan wanita untuk hamil.

Berikut Adalah Cara-cara Menjaga Rahim Dengan Betul Dan Sempurna. 
1. Sejarah Keluarga.
Anda harus berwaspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga seperti ibu, nenek, ibu saudara dan adik beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka atau keturunan, yang mungkin menyumbang sebanyak 10% kepada faktor-faktor penyebab. Elakkan dan jauhkan dari faktor-faktor penyebab yang timbul dari persekitaran.

2. Kehamilan.
Fungsi utama rahim wanita ialah untuk menampung kehamilan. Berkhawin dan hamil awal ketika usia muda, boleh mencegah dari ketumbuhan fibroid dan adenomyosis. Ketika hamil, otot rahim membesar  dan kembang sehingga 1000 kali normal. Selepas bersalin, ia kuncup semula kepada saiz asal. Proses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil, lebih terancam oleh penyakit ketumbuhan fibroid dan adenomyosis.

3. Keseimbangan Hormon.
Rahim sangat dipengaruhi oleh dua hormon wanita iaitu, estrogen dan progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia), manakala progestrone meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel-sel otot rahim (myometrial hypertrohy).


Cara Penjagaan Rahim Wanita Yang Patut Diamalkan Supaya Rahim Kekal Sihat Dan Mantap

Kedua-dua hormon tersebut perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim. Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan wanita, serta ciri-ciri kewanitaan dan kecantikan. Tetapi apabila ia berlebihan dan tak seimbang, estrogen boleh menimbulkan bermacam-macam penyakit dan gangguan. 
Di antaranya :
*  Ketumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
*  Ketumbuhan adenoma dan kanser payudara.
*  Kemandulan dan sukar hamil.
*  Pendarahan rahim.

Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan. Sesetengah makanan seperti makanan yang bersumberkan kacang soya, juga menjadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik, sterofoam dan insecticide, spray pewangi dan produk kosmetik mengeluarkan xenoestrogen. Pengambilan harian walaupun sedikit xenoestrogen, akan dikumpul dan mengikat kepada reseptor estrogen, menyebabkan ketidakseimbangan sistem endokrin dengan kesan-kesan kesihatan yang teramat buruk.

4. Faktor Gangguan Hormon.
Faktor yang menganggu keseimbangan hormon adalah seperti, tahap estrogen tinggi dan progesterone rendah yang menyebabkan pelbagai penyakit. Di antara faktor-faktor yang menyebabkan gangguan hormon terjadi ialah, tekanan fizikal, stress mental dan gangguan emosi. Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemukkan (obesiti) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen meningkat tinggi sedangkan progesterone berkurangan. Tangani dan kawal semua jenis stress.

5. Mulakan Penjagaan Rahim Dari Awal.
Penjagaan rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak. Sering kali anak perempuan dijangkiti kuman di luar farajnya, akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah ketahanan/immuniti, disebabkan tidak suka makan sayur dan buah-buahan. Jika menghadapi masalah lelehan/vaginal discharge, cuci faraj dengan air garam, ia adalah antiseptik terbaik untuk wanita. Beri mereka supplemen Vitamin C, di samping multivitamin dan minyak ikan, kepada anak perempuan. Supplemen tersebut akan meningkatkan ketahanan/immuniti untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya pada rahim.


Cara Penjagaan Rahim Wanita Yang Patut Diamalkan Supaya Rahim Kekal Sihat Dan Mantap

6. Berlebihan Berat Badan.
Kegemukan perlu dikawal dari umur kanak-kanak dan remaja. Dewasa ini, kanak-kanak terlalu suka 'junk food' dan 'fast food'. Ibubapa biasanya melayani kehendak mereka, sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka masa panjang. Remaja mula dilanda kegemukkan bila belajar di sekolah berasrama, kolej dan universiti. 

Mereka makan terlalu banyak makanan segera, kononnya tidak berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat pada makanan yang disajikan. Bermula di sini, gangguan haid berlaku, iaitu sama ada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan ketidak seimbangan hormon-hormon wanita dan akhirnya merosakkan rahim.

7. Elakkan Melakukan Maksiat.
Remaja perlu dididik untuk menjaga kehormatan diri, agar tidak terjebak ke dalam maksiat perzinahan, kerana ramai yang terjerat dengan berbagai gejala seperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakan, dan akhirnya akan merosakkan rahim dan menjadi mandul apabila berkhawin kelak.

8. Ketika Datang Haid.
Banyakkan berzikir dan berselawat waktu datang haid. Beberapa panggilan untuk datang haid ialah 'datang kotor' atau 'datang bulan'. Memang ada disebut dalam Al-Quraan, wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan suami dilarang melakukan hubungan, selagi isteri belum bersih dan telah mandi wajib. 

Sering kali juga haid tidak lancar keluar, dan ada kalanya 'tumpah/melimpah' ke belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat gangguan sistem pembersihan darah haid. Bila sistem ini gagal berfungsi akibat penurunan immuniti, ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stress, darah haid akan menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis.

9. Cegah Jin Dan Syaitan.
Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim, menggalakkan gangguan jin dan syaitan. Sebab itu lah ketika haid, wanita tidak boleh solat dan membaca Al-Quraan, sebaiknya banyakkan berzikir dan berselawat sebagai mencegah gangguan jin dan syaitan.

10. Makanan.
Banyak makanan yang membantu dalam menjaga rahim, di antaranya ialah nenas yang mengandungi enzim bromalin dan betik yang mengandungi enzim papase. Kedua-dua enzim ini berperanan untuk membersihkan darah kotor di belakang rahim. Makanan-makanan tradisi seperti keledek merah, membekalkan sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim. Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti radang juga berperanan menjaga rahim.

Perbanyakkan makan sayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi, pucuk paku, kobis, kacang, lobak, brokoli, taugeh dan lain-lain. Banyakkan makan buah-buahan seperti jambu, oren, mangga, epal, nenas, betik, buah naga dan lain-lain. Makan pelbagai jenis kacang seperti gajus, almond, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama kismis dan kurma.

Makan lebih banyak ikan seperti ikan kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain-lain. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioxidant yang tinggi yang boleh mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.

11. Pengambilan Vitamin.
Amalkan pengambilan vitamin iaitu multivitamin, vita c (1GM), vita e (400IU), kalsium dan minyak ikan (1-2000GM) setiap hari sehingga akhir hayat.
Sumber : Dr. Hamid Arshat.


Cara Penjagaan Rahim Wanita Yang Patut Diamalkan Supaya Rahim Kekal Sihat Dan Mantap

Pastikan anda memilih vitamin yang terbaik iaitu yang semulajadi, selamat dan berkesan. Vitamin yang terbaik di pasaran abad ini adalah vitamin shaklee. Jadilah individu yang bijak, pilihlah vitamin yang sentiasa selamat, semulajadi dan berkesan untuk kesejahteraan diri sendiri. Bertukarlah ke arah yang lebih baik. Jangan ragu-ragu dan bertindaklah sekarang untuk menghubungi saya Aini Musa 019-6436589 bagi mendapatkan vitamin-vitamin shaklee yang sangat berkualiti ini.

Demikianlah beberapa cara penjagaan rahim yang patut kita sebagai wanita mengamalkannya, demi kesihatan diri kita sendiri. Memiliki rahim yang sihat dan mantap adalah lambang wanita sejati. 

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma, boleh hubungi saya Aini Musa 019-6436589.

Anda berminat untuk menjadi Pengedar Sah Produk Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terbukti selamat dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

  
Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!


 Klik Sini

(Shaklee ID : 1118070)
Sms / whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Sekitar Taman Asean, Batu Berendam, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.

** Penghantaran Pos Laju Untuk Seluruh Malaysia.

Terima Kasih.

Salam ceria, Aini..... 

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...