بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Sebenarnya kita boleh melakukan rawatan kulit kita sendiri di rumah. Kita boleh mencuba pelbagai resepi rawatan kulit bagi mendapatkan kulit yang putih, bersih, halus dan gebu, dengan hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi, yang sudah diturunkan secara turun-temurun dari nenek moyang kita dahulu. Selain ianya selamat, tiada kesan sampingan, tiada bahan terlarang, malah ia sangat menjimatkan kos, kerana kesemua bahan-bahan yang digunakan itu sememangnya terdapat di dapur rumah kita. Cuma caranya mungkin agak rumit sedikit. Namun begitu, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

Cara Mendapatkan Kulit Yang Putih, Bersih, Halus Dan Gebu Dengan Bahan Semulajadi

Ok lah, jom kita teruskan. Berikut ini adalah beberapa cara merawat wajah dengan menggunakan bahan semulajadi, yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan kulit yang putih, bersih, halus, gebu dan cantik.

Cara Mendapatkan Kulit Yang Putih, Bersih, Halus Dan Gebu Dengan Bahan Semulajadi

1.  Putih Telur.
Di dalam putih telur terdapat dua zat yang bermanfaat untuk melembabkan dan memutihkan kulit, zat tersebut adalah lutein dan zeaxanthin. Kedua-dua bahan tersebut dapat melindungi kulit kita dari sinar Ultraviolet sehingga kulit kelihatan sihat, lembap dan tidak kusam. Ramai juga orang yang menggunakan putih telur untuk dibuat masker, bagi merawat wajah.

Cara Mendapatkan Kulit Yang Putih, Bersih, Halus Dan Gebu Dengan Bahan Semulajadi

2.  Banyakkan Minum Air Putih/Air Masak.
 Minumlah air masak minima 8 gelas sehari, kalau lebih lagi bagus. Air masak dapat membuat badan kita sihat dan segar. Selain dapat menyihatkan badan, minum banyak air masak, dapat menjadikan kulit wajah kita kelihatan lembab dan segar. Orang yang kurang minum air masak, kulitnya akan kelihatan kering dan tidak segar.

3.  Khasiat Buah Avokado.
Buah avocado ini, selain sedap dimakan, ia juga boleh kita gunakan untuk merawat kulit wajah. Caranya mudah, tidak perlu dicampur dengan bahan lain, sapukan saja ke kulit kita. Selain baik untuk kulit, buah avokado juga boleh digunakan untuk merawat rambut.

4.  Buah Strawberi.
Buah strawberi mengandungi Vitamin C yang tinggi. Selain itu buah strawberi mengandungi kolagen yang dapat membantu mencerahkan kulit wajah. Vitamin C juga berperanan aktif dalam memutihkan kulit wajah. Maka itu, perbanyakkanlah pengambilan buah-buahan yang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi.

5.  Buah Tomato.
Buah tomato mengandungi Lycopene, yang dapat melindungi kulit kita dari selaran sinaran matahari. Pengambilan buah tomato dalam jumlah yang cukup setiap hari, dapat merangsang kolagen dalam kulit kita, sehingga kulit kelihatan anjal dan cantik.

6.  Protein Soya.
Soya termasuk dalam jenis kekacang dan kaya dengan protein. Protein soya kaya dengan Isoflavonoid yang sangat bermanfaat dalam menjaga kulit supaya kelihatan muda dan anjal. Pengambilan protein soya dalam jumlah yang cukup setiap hari, dapat membantu menjadikan kulit kita lebih cerah, sihat, gebu, cantik dan awet muda.....

7. Buah Epal.
Dalam buah epal terkandung zat yang bernama Quercetin dan Antioksidan yang dapat membantu mencegah masalah atau kerosakan yang berlaku pada kulit. Amalan memakan buah epal setiap hari, dapat membantu kita terhindar daripada penyakit kanser kulit. Namun harus berhati-hati, terdapat sedikit kandungan racun dalam biji epal, kita pun tak makan bijinya kan. Kalau tergigit pun, racun tersebut tidak terlalu berbahaya kepada manusia.

8.  Lakukan Ritual Kecantikan Setiap Hari Sebelum Tidur. 
Berikut adalah 4 langkah Ritual Kecantikan yang wajib kita amalkan jika ingin dapatkan kulit yang cantik dan awet muda :

Cara Mendapatkan Kulit Yang Putih, Bersih, Halus Dan Gebu Dengan Bahan Semulajadi

8.1  Membersihkan Wajah.
Membersihkan wajah sebelum tidur sangat penting dan banyak manfaatnya, salah satunya adalah untuk membersihkan sisa mekap, kotoran, debu dan juga peluh yang berada di permukaan kulit wajah kita. Ini kerana jika sisa mekap, kotoran, debu dan peluh yang masih melekat di kulit wajah kita, kemudian kita terus tidur, maka proses regenerasi kulit akan terbantut. Bahkan akan mendatangkan masalah pada kulit wajah, seperti munculnya jerawat, kulit menjadi merah dan terasa gatal. Selain itu jika kita rajin melakukan solat sunat tahajud dan sentiasa menjaga solat 5 waktu, wajah kita juga akan kelihatan cantik, berseri dan awet muda sentiasa.

8.2  Menggosok Gigi.
Kenapa harus menggosok gigi? Apa hubungannya dengan kecantikan? Secara logiknya memang menggosok gigi, tiada hubungan dengan menjaga kecantikan. Namun cuba kita bayangkan, apa jadinya jika ada wanita cantik, tapi giginya tidak sihat, misalnya giginya berwarna kuning, rongak dan berlubang. Keadaan ini sudah pasti akan menjejaskan kecantikannya, jadi sebelum itu terjadi maka mulailah menggosok gigi secara rutin, setiap malam sebelum tidur dari sekarang!

8.3  Gunakan Krim Pelembab Malam.
Penggunaan krim pelembab malam amat penting untuk melembabkan dan menyihatkan kulit wajah pada ketika kita tidur. Pada waktu kita tidur, badan kita berada dalam keadaan rehat, maka krim malam ini akan berfungsi merawat kulit wajah kita dan menghasilkan kulit yang cantik yang diidamkan oleh setiap wanita.


Cara Mendapatkan Kulit Yang Putih, Bersih, Halus Dan Gebu Dengan Bahan Semulajadi

8.4  Gunakan Masker
Ok, untuk tips yang terakhir, iaitu kita wajib memakai masker. Tapi di sini saya menyarankan agar kita menggunakan masker yang semulajadi, kerana masker yang semulajadi adalah yang terbaik, lebih selamat, berkesan dan tiada kesan sampingan. Masker berfungsi untuk melembabkan wajah, menghilangkan minyak berlebihan dan menyembuhkan jerawat.

Untuk mendapatkan hasil yang maksima, lakukanlah proses ritual ini setiap hari secara konsistan, kerana proses untuk menjaga kecantikan secara semulajadi ini, memerlukan kesabaran dan memerlukan sedikit masa untuk hasil yang diinginkan. Dengan melakukan proses penjagaan wajah seperti di atas, kita bukan saja akan mendapatkan kulit yang putih, bersih, gebu dan cantik, malah kulit kita akan lebih anjal dan terhindar dari berkedut sebelum waktunya.

Selain dari penjagaan luaran untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, pengambilan beberapa supplemen tertentu adalah sangat penting untuk rawatan dari dalam. Pengambilan Multivitamin, Vitamin B, Vitamin C, Vitamin E, Protein Soya dan Kolagen adalah sangat-sangat membantu untuk mendapatkan kulit yang putih, bersih, cantik, gebu dan anjal secara semulajadi dan berterusan. Supplemen yang terbaik semestinya Vitamin Shaklee. Kenapa? Kerana ianya adalah semulajadi, selamat dan berkesan. Ia juga adalah halal dan ada landmark study.

Demikianlah beberapa tips yang mudah untuk mendapatkan kulit yang putih, bersih, cantik, gebu dan anjal secara semulajadi. Jika anda ada tips-tips lain, sila kongsikan di ruang komen ye, semoga bermanfaat bagi sesiapa yang membacanya.....

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma, boleh hubungi saya Aini Musa 019-6436589

Anda berminat untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terbukti selamat dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei. Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!


(Shaklee ID : 1118070)
Sms/whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Taman Asean, Batu Berendam, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.

** Penghantaran Pos Laju Untuk Seluruh Malaysia.

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Rahim merupakan aset penting bagi seorang wanita. Bagi wanita yang dilahirkan sempurna dengan rahim, wajib menjaga aset penting ini sebaiknya. Rahim ni ibarat enjin bagi seseorang wanita.....Jika baik rahim, maka baiklah kesihatan badan wanita itu.....Kaum wanita memang sepatutnya menjaga rahim atau organ peranakan mereka dengan sempurna dan sehabis baik. Ini kerana, rahim yang sihat adalah sangat penting untuk menampung zuriat yang bakal lahir nanti. Sejak dulu lagi, pelbagai petua dari orang-orang lama, diberikan untuk penjagaan rahim. Seorang doktor juga telah memberi beberapa petua yang sangat bermanfaat, kepada kaum wanita untuk menjaga rahim dengan betul dan sempurna.


Cara Penjagaan Rahim Wanita Yang Patut Diamalkan Supaya Rahim Kekal Sihat Dan Mantap
Teruskan Baca.....

Cara Penjagaan Rahim Wanita Yang Patut Diamalkan Supaya Kekal Sihat - Dr Hamid Arshad.
Penjagaan rahim wanita adalah sangat penting, untuk mengelakkan bahagian yang menjadi lambang kewanitaan ini ditimpa pelbagai penyakit dan tidak boleh berfungsi dengan baik untuk menampung zuriat. Namun ketika ini, semakin ramai wanita yang berdepan dengan masalah ketumbuhan yang berkaitan dengan rahim. Lebih malang lagi jika rahim dihidapi penyakit yang amat digeruni oleh wanita, seperti kanser rahim dan sebagainya sehingga mengakibatkan rahim dibuang, dan tidak boleh berfungsi dengan sepatutnya. Ini sangat menyedihkan..... Atas sebab itu lah Pakar Sakit Puan terkenal, Dr. Hamid Arshad membuat perkongsian ini. 


Cara Penjagaan Rahim Wanita Yang Patut Diamalkan Supaya Rahim Kekal Sihat Dan Mantap
Wanita sangat istimewa, Allah ciptakan rahim untuk wanita sebagai wadah pertumbuhan janin yang bermula dari nutfah, kemudian menjadi alaqah dan mugdah. Seterusnya ia berkembang dan membesar membentuk organ-organ dan anggota badan yang sempurna, dan akhirnya ditiupkan roh dalam umurnya 120 hari (4 bulan). Semua proses ini berlaku dalam perlindungan dan naungan rahim seorang wanita yang sihat rahimnya.

Amat malang sekali jika rahim ditimpa penyakit dan tidak dapat berfungsi dengan sepatutnya. Pada kebiasannya penyakit yang sering menimpa rahim wanita adalah ketumbuhan seperti adenomyosis dan membesar seperti hamil 5 bulan. Gejala yang dialami pesakit ialah senggugut yang teruk, pendarahan yang banyak, serta menjadi mandul. Amat menyedihkan apabila situasi ini berlaku kepada kita. Ketumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim wanita ialah fibroid. Walaupun ia menimbulkan gejala-gejala yang sama seperti adenomyosis, tetapi ia boleh dibuang dengan cara pembedahan dan dipulihkan kemempuan wanita untuk hamil.

Berikut Adalah Cara-cara Menjaga Rahim Dengan Betul Dan Sempurna. 
1. Sejarah Keluarga.
Anda harus berwaspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga seperti ibu, nenek, ibu saudara dan adik beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka atau keturunan, yang mungkin menyumbang sebanyak 10% kepada faktor-faktor penyebab. Elakkan dan jauhkan dari faktor-faktor penyebab yang timbul dari persekitaran.

2. Kehamilan.
Fungsi utama rahim wanita ialah untuk menampung kehamilan. Berkhawin dan hamil awal ketika usia muda, boleh mencegah dari ketumbuhan fibroid dan adenomyosis. Ketika hamil, otot rahim membesar  dan kembang sehingga 1000 kali normal. Selepas bersalin, ia kuncup semula kepada saiz asal. Proses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil, lebih terancam oleh penyakit ketumbuhan fibroid dan adenomyosis.

3. Keseimbangan Hormon.
Rahim sangat dipengaruhi oleh dua hormon wanita iaitu, estrogen dan progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia), manakala progestrone meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel-sel otot rahim (myometrial hypertrohy).


Cara Penjagaan Rahim Wanita Yang Patut Diamalkan Supaya Rahim Kekal Sihat Dan Mantap

Kedua-dua hormon tersebut perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim. Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan wanita, serta ciri-ciri kewanitaan dan kecantikan. Tetapi apabila ia berlebihan dan tak seimbang, estrogen boleh menimbulkan bermacam-macam penyakit dan gangguan. 
Di antaranya :
*  Ketumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
*  Ketumbuhan adenoma dan kanser payudara.
*  Kemandulan dan sukar hamil.
*  Pendarahan rahim.

Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan. Sesetengah makanan seperti makanan yang bersumberkan kacang soya, juga menjadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik, sterofoam dan insecticide, spray pewangi dan produk kosmetik mengeluarkan xenoestrogen. Pengambilan harian walaupun sedikit xenoestrogen, akan dikumpul dan mengikat kepada reseptor estrogen, menyebabkan ketidakseimbangan sistem endokrin dengan kesan-kesan kesihatan yang teramat buruk.

4. Faktor Gangguan Hormon.
Faktor yang menganggu keseimbangan hormon adalah seperti, tahap estrogen tinggi dan progesterone rendah yang menyebabkan pelbagai penyakit. Di antara faktor-faktor yang menyebabkan gangguan hormon terjadi ialah, tekanan fizikal, stress mental dan gangguan emosi. Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemukkan (obesiti) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen meningkat tinggi sedangkan progesterone berkurangan. Tangani dan kawal semua jenis stress.

5. Mulakan Penjagaan Rahim Dari Awal.
Penjagaan rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak. Sering kali anak perempuan dijangkiti kuman di luar farajnya, akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah ketahanan/immuniti, disebabkan tidak suka makan sayur dan buah-buahan. Jika menghadapi masalah lelehan/vaginal discharge, cuci faraj dengan air garam, ia adalah antiseptik terbaik untuk wanita. Beri mereka supplemen Vitamin C, di samping multivitamin dan minyak ikan, kepada anak perempuan. Supplemen tersebut akan meningkatkan ketahanan/immuniti untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya pada rahim.


Cara Penjagaan Rahim Wanita Yang Patut Diamalkan Supaya Rahim Kekal Sihat Dan Mantap

6. Berlebihan Berat Badan.
Kegemukan perlu dikawal dari umur kanak-kanak dan remaja. Dewasa ini, kanak-kanak terlalu suka 'junk food' dan 'fast food'. Ibubapa biasanya melayani kehendak mereka, sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka masa panjang. Remaja mula dilanda kegemukkan bila belajar di sekolah berasrama, kolej dan universiti. 

Mereka makan terlalu banyak makanan segera, kononnya tidak berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat pada makanan yang disajikan. Bermula di sini, gangguan haid berlaku, iaitu sama ada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan ketidak seimbangan hormon-hormon wanita dan akhirnya merosakkan rahim.

7. Elakkan Melakukan Maksiat.
Remaja perlu dididik untuk menjaga kehormatan diri, agar tidak terjebak ke dalam maksiat perzinahan, kerana ramai yang terjerat dengan berbagai gejala seperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakan, dan akhirnya akan merosakkan rahim dan menjadi mandul apabila berkhawin kelak.

8. Ketika Datang Haid.
Banyakkan berzikir dan berselawat waktu datang haid. Beberapa panggilan untuk datang haid ialah 'datang kotor' atau 'datang bulan'. Memang ada disebut dalam Al-Quraan, wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan suami dilarang melakukan hubungan, selagi isteri belum bersih dan telah mandi wajib. 

Sering kali juga haid tidak lancar keluar, dan ada kalanya 'tumpah/melimpah' ke belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat gangguan sistem pembersihan darah haid. Bila sistem ini gagal berfungsi akibat penurunan immuniti, ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stress, darah haid akan menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis.

9. Cegah Jin Dan Syaitan.
Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim, menggalakkan gangguan jin dan syaitan. Sebab itu lah ketika haid, wanita tidak boleh solat dan membaca Al-Quraan, sebaiknya banyakkan berzikir dan berselawat sebagai mencegah gangguan jin dan syaitan.

10. Makanan.
Banyak makanan yang membantu dalam menjaga rahim, di antaranya ialah nenas yang mengandungi enzim bromalin dan betik yang mengandungi enzim papase. Kedua-dua enzim ini berperanan untuk membersihkan darah kotor di belakang rahim. Makanan-makanan tradisi seperti keledek merah, membekalkan sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim. Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti radang juga berperanan menjaga rahim.

Perbanyakkan makan sayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi, pucuk paku, kobis, kacang, lobak, brokoli, taugeh dan lain-lain. Banyakkan makan buah-buahan seperti jambu, oren, mangga, epal, nenas, betik, buah naga dan lain-lain. Makan pelbagai jenis kacang seperti gajus, almond, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama kismis dan kurma.

Makan lebih banyak ikan seperti ikan kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain-lain. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioxidant yang tinggi yang boleh mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.

11. Pengambilan Vitamin.
Amalkan pengambilan vitamin iaitu multivitamin, vita c (1GM), vita e (400IU), kalsium dan minyak ikan (1-2000GM) setiap hari sehingga akhir hayat.
Sumber : Dr. Hamid Arshat.


Cara Penjagaan Rahim Wanita Yang Patut Diamalkan Supaya Rahim Kekal Sihat Dan Mantap

Pastikan anda memilih vitamin yang terbaik iaitu yang semulajadi, selamat dan berkesan. Vitamin yang terbaik di pasaran abad ini adalah vitamin shaklee. Jadilah individu yang bijak, pilihlah vitamin yang sentiasa selamat, semulajadi dan berkesan untuk kesejahteraan diri sendiri. Bertukarlah ke arah yang lebih baik. Jangan ragu-ragu dan bertindaklah sekarang untuk menghubungi saya Aini Musa 019-6436589 bagi mendapatkan vitamin-vitamin shaklee yang sangat berkualiti ini.

Demikianlah beberapa cara penjagaan rahim yang patut kita sebagai wanita mengamalkannya, demi kesihatan diri kita sendiri. Memiliki rahim yang sihat dan mantap adalah lambang wanita sejati. 

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma, boleh hubungi saya Aini Musa 019-6436589.

Anda berminat untuk menjadi Pengedar Sah Produk Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terbukti selamat dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

  
Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan! 

(Shaklee ID : 1118070)
Sms / whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Sekitar Taman Asean, Batu Berendam, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.

** Penghantaran Pos Laju Untuk Seluruh Malaysia.

Terima Kasih.

Salam ceria, Aini..... 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Terdapat beberapa gangguan emosi yang ketara sehingga menyebabkan masalah psikologi atau penyakit mental selepas melahirkan anak atau bersalin.  Meroyan atau Gila Meroyan merupakan istilah umum orang Melayu, terhadap masalah perubahan emosi selepas bersalin. Walaupun ia lebih sinonim diperkatakan oleh masyarakat Melayu dan lebih banyak dilihat dihidapi oleh wanita biasa, namun ia juga sebenarnya turut menimpa wanita golongan profesional. 

Cara Atasi Masalah Gila Meroyan Ketika Dalam Pantang Bersalin Yang Perlu Diberi Perhatian Serius!

Apa Itu Gila Meroyan (postpartum pyschosis) Selepas Bersalin?
Gila Meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayinya serta orang di sekelilingnya. 

Pendapat terkini mengatakan penyakit Gila Meroyan (postpartum pyschosis) juga seperti penyakit psikosis yang dialami oleh pesakit jiwa yang lain. Dalam kalangan 1000 ibu yang bersalin, satu hingga dua orang (1-2 : 1000) boleh diserang penyakit Gila Meroyan. Ia biasanya terjadi bermula tiga hingga lima hari selepas bersalin, dan dua pertiga daripada pesakit mendapat Gila Meroyan dalam dua minggu pertama selepas kelahiran.

Gejala Gila Meroyan juga boleh berlaku sehingga satu atau dua tahun selepas bersalin. Ia bermula dengan gangguan emosi, seperti perasaan resah dan tidak tenang. Mereka tidak dapat cukup tidur, walaupun bayi tidur lena. Mereka sering berasa keletihan. Kemudiannya, ibu yang menghidap penyakit Gila Meroyan ini akan mengalami emosi yang tidak stabil dan berubah-ubah. Terdapat tempoh kemurungan atau kesedihan yang melampau dan sering menangis. Gila Meroyan berlaku apabila mereka mula mempunyai perasaan ragu-ragu, bercelaru, bercakap merapu dan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar diterima oleh akal yang waras. Separuh daripada mereka mempunyai pelbagai kepercayaan karut atau delusi.

Ada di kalangan pesakit ini, yang beranggapan bahawa bayinya cacat, walaupun sebenarnya sihat. Ada juga yang beranggapan bayi yang dilahirkan bukan anak mereka, atau bayi yang dilahirkan itu membawa sial dan sebagainya. Satu perempat daripada mereka (25%) mengalami gangguan halusinasi dengan mendengar suara-suara ghaib yang kadang-kadang memburukkan mereka, menyuruh membunuh bayi mereka dan sebagainya.

Terdapat ibu-ibu yang mengalami Gila Meroyan, tidak mahu menjaga bayi mereka sendiri, mereka membenci bayi tersebut, dan ada juga yang cuba membunuh bayi mereka. Kadar bunuh diri dalam kalangan ibu yang mengalami Gila Meroyan ini juga tinggi. Maka dengan ini, semua orang di sekeliling mereka wajib memainkan peranan di dalam membantu untuk membendung masalah Gila Meroyan ini. 

Berikut adalah peranan orang di sekeliling ibu selepas bersalin yang semestinya memberi perhatian kepada ibu tersebut.


Cara Atasi Masalah Gila Meroyan Ketika Dalam Pantang Bersalin Yang Perlu Diberi Perhatian Serius!

1. Peranan Suami :
*  Menjaga pemakanan isteri (belikan herba-herba, atau makanan yang sihat, seimbang dan     baik untuk isteri).
*  Memudahkan urusan isteri kalau isteri berpantang di rumah sendiri, tanpa bantuan lain
    (hantar baju ke dobi, upah orang hantar makanan ke rumah, tolong jaga bayi untuk beri
    masa isteri berehat atau tidur, jaga dan uruskan anak-anak yang lain jika ada).
*  Memahami jiwa isteri untuk berpantang, sama ada mahu berpantang di rumah sendiri,
    rumah ibu atau rumah mertua. Jangan paksa isteri untuk pergi ke rumah mertua jika
    isteri tak mahu.
*  Tidak meminta dan mengarah isteri untuk benda yang pelik-pelik, nak makan 
    sedap-sedap, ajak isteri keluar, nak balik rumah mak, nak itu, nak ini, cukuplah isteri tu
    bagai nak putus nyawa melahirkan zuriat anda, bagilah masa untuk isteri nak rehat. 
*  Hentikan dulu aktiviti-aktiviti luar seperti futsal, lepak kedai mamak, memancing, urusan
    outstation dan sebagainya, buat sementara waktu.
*  Tidak merungut kerana rumah bersepah, kalau rasa bersepah, tolong kemaskan atau upah
    orang datang kemaskan rumah tu. 

2. Peranan Ibu Atau Mertua :
*  Tidak memaksa ibu baru bersalin untuk berpantang cara mereka, tetapi boleh
    mencadangkan cadangan tanpa paksaan.
*  Tidak sibuk merungut tentang keadaan rumah menantu atau anak.
*  Jangan di banding-bandingkan muka cucu, jangan komen rupa, warna kulit dan ikut
    muka siapa. Allah dah bagi, ikut muka siapa, tidak akan lari muka anak kita sendiri atau
    menantu kita, Allah dah kurniakan cucu, bersyukurlah.....
*  Usah jadi nujum mak belalang, ramal masa depan bayi tu, nanti degil lah, nanti nakal lah,
    nanti...nanti...nanti...macam-macam komen.
*  Jangan bising-bising kalau anak menantu nak ikut cara dia sendiri berpantang,
    kadangkala ibu-ibu muda ni dah banyak baca dan kaji semua, sekarang zaman orang
    pandai google, kalau anak menantu minta nasihat, baru bagi nasihat.
*  Usah bising kalau anak menantu nak berpantang sendiri, mesti ada sebab dia nak
    berpantang sendiri, mungkin dia rasa selesa di rumah sendiri atau sebab lain, tidak perlu
    tahu sebab apa. Anak menantu bukan budak darjah 1, tidak tahu nak berfikir, tidak perlu
    ibu atau mertua pening kepala fikir masalah mereka, nanti naik darah tinggi pula, kan
    susah.....

3. Peranan Saudara Mara :
*  Jangan datang ziarah, duduk saja tunggu tuan rumah hidang makanan dan air, ada pula
    tu siap buat permintaan khas suruh masak macam-macam. Tolong-tolonglah tuan
    rumah...tolong jaga bayi ke..., tolong kemas rumah ke...atau kalau tolong masak lagi bagus
    kan.
*  Tak perlu jadi tukang komen muka bayi tu. Semua nak tanya, kenapa hitam, kenapa
    putih, kenapa hidung pesek, kenapa hidung mancung, kenapa itu, kenapa ini. Tengok saja
    dah lah, bukan ke semua yang Allah cipta tu cantik.....Malah mereka datang dari syurga
    dan tiada dosa.
*  Kalau datang dari jauh, silalah sewa homestay atau tempat tidur yang lain, selalunya
    orang berpantang ni perlukan 'privacy' ketika menyusukan bayi dan ketika membersihkan
    diri. Jadi tak perlulah sampai nak bermalam di rumah mereka.
*  Pastikan tidak ada yang sakit demam, selsema dan batuk yang datang untuk menziarah
    bayi. Ini kerana bayi yang baru lahir tu, antibodi masih lemah, mereka mudah terkena
    jangkitan. Jadi berhati-hatilah ye.....
*  Kalau datang, bayi sedang tidur, jangan dikejut bayi tu. Mungkin bayi tu baru saja tidur,
    susah payah ibu tidurkan. Tolonglah faham keadaan ibu tu ye.

4. Kawan-kawan Dan Jiran Tetangga :
*  Datang melawat selepas habis berpantang adalah lebih baik.
*  Jangan melawat jika anda atau anak anda tidak sihat.
*  Jangan datang dan tunggu saja tuan rumah hidangkan air, sebaiknya datang dengan
    membawa makanan dan bantu tuan rumah untuk hidangkannya.
*  Janganlah datang melawat lama-lama sangat. Tuan rumah pun nak rehat juga.
*  Jangan sesekali komen fizikal dan rupa bayi.
*  Tawarkan makanan berpantang, jika ibu tu berpantang sendiri.
*  Jangan sembang dan ketawa kuat-kuat, sampai bayi pun terjaga.
*  Jaga kelakuan anak-anak anda, jangan biarkan anak-anak anda merayau ke setiap ruang
    rumah, tuan rumah tu.
*  Jangan ambil gambar ibu berpantang yang tidak menutup aurat, kemudian post ke FB,
    "melawat joyah dapat baby girl", tolonglah jaga aib dan aurat ibu berpantang tu ye.


Cara Atasi Masalah Gila Meroyan Ketika Dalam Pantang Bersalin Yang Perlu Diberi Perhatian Serius!
Selain itu  PengambilanVitamin-vitamin tertentu untuk ibu pantang bersalin juga adalah sangat disyorkan. Ini bagi membantu atau mengurangkan berlakunya tekanan emosi sehingga menyebabkan terjadinya penyakit Gila Meroyan yang tidak diingini. Vitamin yang terbaik di pasaran masa kini sudah tentulah Vitamin Shaklee. Jadilah pengguna yang bijak, pilihlah vitamin-vitamin yang semulajadi, selamat dan berkesan untuk kesejahteraan diri anda sendiri. Bertukarlah ke arah yang lebih baik, semulajadi dan selamat. Maklumat lanjut boleh baca di sini << Set Vitamin Ibu Berpantang >>

Kepada ibu-ibu yang sedang hamil, menunggu hari untuk bersalin dan yang sedang dalam berpantang, jaga diri anda. Jangan biarkan perkara-perkara luaran yang tak sepatutnya menganggu emosi dan perasaan anda. Sentiasalah bersabar, dan jalanilah hari-hari berpantang dengan ceria bersama bayi anda. Amalkan berzikir dan berselawat ketika dalam berpantang, dapat menenangkan hati. In sya Allah.....

Demikianlah antara perkara-perkara yang boleh diguna pakai sewaktu berhadapan dengan ibu yang dalam pantang bersalin. Sama-samalah kita membantu mereka, untuk mengawal emosi mereka agar mendapat ketenangan dan ceria ketika melalui tempoh berpantang.

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma, boleh hubungi saya Aini Musa 019-6436589

Anda berminat untuk menjadi Pengedar Sah Produk Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terbukti selamat dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei. 

Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan! 


(Shaklee ID : 1118070)
Sms / whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Taman Asean, Batu berendam, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.

** Penghantaran Pos Laju Untuk Seluruh Malaysia.

Terima Kasih

Salam ceria, Aini..... 

Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Kini semakin ramai ibu-ibu moden yang bersalin, sudah beralih arah dan memilih untuk berpantang dengan Set Berpantang Shaklee, kerana dikatakan terbaik dan berada dalam kelasnya yang tersendiri. Kebanyakkan mereka tidak lagi mahu mengambil jamu atau ramuan herba kerana bimbang ianya panas dan bakal menyebabkan bayi dijangkiti 'Jaundies' (demam kuning) dan memberi kesan negatif kepada penghasilan susu badan. Pengalaman yang tidak memuaskan hati dan ada kalanya menakutkan ketika berpantang, menyebabkan ibu-ibu moden kini beralih arah kepada Set Berpantang Shaklee yang sudah pastinya lebih selamat dan berkesan. Saya pasti anda yang membaca artikal ini sedang tercari-cari set berpantang yang terbaik, yang mudah diambil dan bersesuaian dengan bajet anda.
Set Vitamin Shaklee Yang Terbaik Untuk Ibu Berpantang Selepas Bersalin Supaya Cepat Sihat Semula

Apakah Itu Pantang Bersalin?
Pantang bersalin bermaksud, mendisiplinkan diri dan mengikut rutin serta mengekalkan Amalan Tradisional untuk menjalani Rawatan Selepas Bersalin dan Penjagaan Ketika Berpantang selama tempoh biasanya 44 hari. Ada juga yang mengamalkan berpantang selama 100 hari, untuk memastikan kesihatan betul-betul telah pulih dan sihat seperti sediakala. Ini terpulang pada pilihan masing-masing.

Kenapa Ibu Bersalin Perlu Berpantang?
Ibu bersalin yang baru melahirkan bayi memerlukan Rawatan Pemulihan dan Penjagaan yang sempurna dari segi Jasmani, Rohani dan Mental. Mereka juga perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang ketika berpantang. Ini kerana proses bersalin memerlukan tenaga yang maksima, sehingga ibu berasa begitu sakit dan penat sangat. Inilah waktu yang sesuai untuk merehatkan dan memanjakan badan yang lemah dan sakit, serta merehatkan minda.

Apakah Kelebihan Set Berpantang Shaklee?
1.  Set Berpantang Shaklee adalah sangat sesuai digunakan untuk ibu bersalin secara normal mahupun secara pembedahan.
2.  Set Berpantang Shaklee adalah vitamin bukan jamu, maka ia boleh diambil seawal hari pertama selepas bersalin dan boleh diteruskan walaupun bayi ada 'Jaundies'
3.  Ada SIJIL HALAL, 100% semulajadi, selamat dan berkesan. Mudah dan ringkas untuk diambil. Sudah pasti tiada kesan sampingan.
4.  Membantu ibu untuk lawas buang air besar dan tak sembelit serta menyokong penyusuan ibu.
5.  Sangat berkesan untuk mengembalikan tenaga ibu dan mempercepatkan kesembuhan luka bersalin, luar dan dalam.
6.  Mengawal emosi ibu supaya tak mudah stress dan dapat menjalani hari-hari berpantang dengan ceria dan gembira.

Set Berpantang Shaklee ni kami bahagikan kepada 3 set yang terbaik dan mampu milik, bergantung kepada bajet anda. Set-setnya adalah :
1.   Set Berpantang Shaklee Asas.
2.  Set Berpantang Shaklee Optimum.
3.  Set Berpantang Shaklee Premium.

Apa Yang Terkandung Dalam Set-set Berpantang Shaklee?
Set Vitamin Shaklee Yang Terbaik Untuk Ibu Berpantang Selepas Bersalin Supaya Cepat Sihat Semula
1.  Set Berpantang Asas - Set asas ni terdiri daripada vitamin-vitamin berikut :
      *  Vita-Lea Iron Formula
      *  Vitamin B Complex
      *  SR Vita C Plus
      *  Zinc Complex

Manakala bagi set berpantang Optimum dan Premium pula, ianya dipertingkatkan lagi bagi persediaan untuk ibu menyusukan bayi dan juga untuk mengekalkan kecergasan ibu yang berpantang.

Set Vitamin Shaklee Yang Terbaik Untuk Ibu Berpantang Selepas Bersalin Supaya Cepat Sihat Semula

2.  Set Berpantang Shaklee Optimum - Set Optimum ni terdiri daripada vitamin-vitamin berikut :
      *  Vita-Lea Iron Formula
      *  Vitamin B Complex
      *  SR Vita C Plus
      *  Zinc Complex
      *  OsterMatrix
      *  Alfalfa
      *  Energizing Soy Protein (ESP)
Set Vitamin Shaklee Yang Terbaik Untuk Ibu Berpantang Selepas Bersalin Supaya Cepat Sihat Semula
3.  Set Berpantang Shaklee Premium - Set Premium pula terdiri daripada vitamin-vitamin berikut :
      *  Vita-Lea Iron Formula
      *  Vitamin B Complex
      *  SR Vita C Plus
      *  Zinc Complex
      *  OsterMatrix
      *  Alfalfa
      *  Energizing Soy Protein (ESP)
      *  Vivix

Berikut diceritakan serba ringkas tentang khasiat setiap vitamin yang terdapat dalam Set Bersalin Shaklee.
1.  Vita-Lea Iron Formula (Multivitamin dengan Zat Besi).
Pengambilan vitamin ini membantu mengembalikan kecergasan fizikal dan mental kepada ibu, kerana vitamin yang lengkap ini berfungsi untuk memberi tenaga dan kecergasan. Oleh kerana vitamin ini diformulasikan dengan zat besi, ia berupaya mengelakkan risiko anemia dan tekanan darah rendah, sekaligus mengelakkan ibu berasa letih dan lesu yang berpanjangan.

2.  Vitamin B Complex.
Pengambilan Vitamin B Complex boleh membantu mengawal dan meredakan stress dan tekanan, yang dihadapi oleh ibu sepanjang tempoh berpantang, di samping membekalkan tenaga dan membantu dalam keseimbangan hormon.

3.  SR Vita C Plus.
Pengambilan vitamin C sangat penting untuk penyembuhan luka dalaman dan luaran, tak kiralah bersalin secara normal atau pembedahan. Vitamin C ni membantu untuk membaik pulih sel tisu yang telah rosak ketika proses bersalin. Ia juga bertindak merangsang pembentukan kolagen untuk mencantikkan kulit. Selain itu, pengambilan Vitamin C ini penting bagi meningkatkan tahap imunisasi badan, mengelakkan ibu daripada terkena jangkitan demam dan selsema.

4.  Zinc.
Pengambilan Zinc sangat penting untuk membaik pulih dan mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan luaran ibu bersalin. Zinc juga membantu dalam proses pengecutan rahim ibu, untuk kembali normal serta mengatasi masalah rambut gugur selepas bersalin. Kesemua vitamin-vitamin asas di atas, adalah sangat disyorkan kepada ibu-ibu yang dalam pantang bersalin. Jika ada bajet lebih, ibu-ibu sangat digalakkan untuk mengambil ESP, Alfalfa, Ostermatrix dan Vivix sebagai vitamin tambahan dengan tujuan seperti berikut :

5.  OsterMatrix.
Pengambilan Ostermatrix atau kalsium shaklee boleh membantu ibu untuk mengatasi masalah sembelit. Ostematrix juga sangat membantu bagi mengatasi kekejangan otot dan kebas-kebas yang selalu dirasai oleh ibu-ibu yang berpantang. Selain itu, Ostermatrix juga membekalkan keperluan kalsium yang cukup untuk ibu dalam diet harian bagi menghasilkan susu ibu dengan cepat, banyak dan berkhasiat. Ia juga berupaya membantu menghilangkan sakit-sakit yang berkaitan dengan sendi dan tulang.

6.  Alfalfa.
Raja segala tumbuhan. Membantu meningkatkan imunisasi. Mengandungi kalsium untuk keperluan tulang dan gigi ibu. Baik untuk merawat rahim ibu. Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi, ia sangat membantu dalam mempercepatkan penghasilan susu ibu.

7.  Energizing Soy Protein (ESP).
Pengambilan ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu ibu kerana ESP membekalkan sumber protein utama dan merupakan milkbooster terbaik dan pemberi tenaga kepada ibu berpantang.

8. Vivix.
Vivix juga dikenali sebagai si tonik ajaib, kerana ianya berfungsi untuk kesihatan secara menyeluruh. Secara umumnya, vivix ni tinggi kandungan antioksida dan resveratrol yang bertanggungjawab melindungi sel pada peringkat DNA. Bila sel kita berada dalam keadaan sihat, sistem dalam badan juga dapat berfungsi dengan baik. Maka proses penyembuhan selepas bersalin juga dapat berjalan dengan baik.

Di sini saya sertakan beberapa TESTIMONI yang telah berpuashati setelah mengunakkan Set Berpantang Shaklee yang TERBAIK ABAD INI.

                         TESTIMONI 1
Set Vitamin Shaklee Yang Terbaik Untuk Ibu Berpantang Selepas Bersalin Supaya Cepat Sihat Semula

                         TESTIMONI 2
Set Vitamin Shaklee Yang Terbaik Untuk Ibu Berpantang Selepas Bersalin Supaya Cepat Sihat Semula

                         TESTIMONI 3
Set Vitamin Shaklee Yang Terbaik Untuk Ibu Berpantang Selepas Bersalin Supaya Cepat Sihat Semula

                        TESTIMONI 4
Set Vitamin Shaklee Yang Terbaik Untuk Ibu Berpantang Selepas Bersalin Supaya Cepat Sihat Semula

                         TESTIMONI 5
Set Vitamin Shaklee Yang Terbaik Untuk Ibu Berpantang Selepas Bersalin Supaya Cepat Sihat Semula

Bagi ibu-ibu yang sedang mencari vitamin yang terbaik untuk diri anda, agar kekal sihat, cergas, bertenaga dan gembira menjalani hari-hari berpantang, jangan tunggu lagi, bertindaklah sekarang untuk mendapatkan Set-set Berpantang yang disyorkan mengikut bajet anda. Jadilah ibu yang bijak, pilihlah vitamin yang sentiasa selamat, semulajadi dan berkesan untuk kesejahteraan diri anda. Bertukarlah ke arah yang lebih baik.

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi percuma, boleh terus menghubungi saya Aini Musa  019-6436589.

Anda berminat untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terbukti selamat dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei. 

Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan! 

(Shaklee ID : 1118070)
Sms / whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Taman Asean, Batu berendam, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.

** Penghantaran Pos Laju Untuk Seluruh Malaysia.

Terima Kasih

Salam ceria, Aini..... 

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...