Cara Mendapatkan Kulit Yang Putih, Bersih, Halus Dan Gebu Dengan Bahan Semulajadi

1 Comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Sebenarnya kita boleh melakukan rawatan kulit kita sendiri di rumah. Kita boleh mencuba pelbagai resepi rawatan kulit bagi mendapatkan kulit yang putih, bersih, halus dan gebu, dengan hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi, yang sudah diturunkan secara turun-temurun dari nenek moyang kita dahulu. Selain ianya selamat, tiada kesan sampingan, tiada bahan terlarang, malah ia sangat menjimatkan kos, kerana kesemua bahan-bahan yang digunakan itu sememangnya terdapat di dapur rumah kita. Cuma caranya mungkin agak rumit sedikit. Namun begitu, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

Cara Mendapatkan Kulit Yang Putih, Bersih, Halus Dan Gebu Dengan Bahan Semulajadi

Ok lah, jom kita teruskan. Berikut ini adalah beberapa cara merawat wajah dengan menggunakan bahan semulajadi, yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan kulit yang putih, bersih, halus, gebu dan cantik.

Cara Mendapatkan Kulit Yang Putih, Bersih, Halus Dan Gebu Dengan Bahan Semulajadi

1.  Putih Telur.
Di dalam putih telur terdapat dua zat yang bermanfaat untuk melembabkan dan memutihkan kulit, zat tersebut adalah lutein dan zeaxanthin. Kedua-dua bahan tersebut dapat melindungi kulit kita dari sinar Ultraviolet sehingga kulit kelihatan sihat, lembap dan tidak kusam. Ramai juga orang yang menggunakan putih telur untuk dibuat masker, bagi merawat wajah.

Cara Mendapatkan Kulit Yang Putih, Bersih, Halus Dan Gebu Dengan Bahan Semulajadi

2.  Banyakkan Minum Air Putih/Air Masak.
 Minumlah air masak minima 8 gelas sehari, kalau lebih lagi bagus. Air masak dapat membuat badan kita sihat dan segar. Selain dapat menyihatkan badan, minum banyak air masak, dapat menjadikan kulit wajah kita kelihatan lembab dan segar. Orang yang kurang minum air masak, kulitnya akan kelihatan kering dan tidak segar.

3.  Khasiat Buah Avokado.
Buah avocado ini, selain sedap dimakan, ia juga boleh kita gunakan untuk merawat kulit wajah. Caranya mudah, tidak perlu dicampur dengan bahan lain, sapukan saja ke kulit kita. Selain baik untuk kulit, buah avokado juga boleh digunakan untuk merawat rambut.

4.  Buah Strawberi.
Buah strawberi mengandungi Vitamin C yang tinggi. Selain itu buah strawberi mengandungi kolagen yang dapat membantu mencerahkan kulit wajah. Vitamin C juga berperanan aktif dalam memutihkan kulit wajah. Maka itu, perbanyakkanlah pengambilan buah-buahan yang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi.

5.  Buah Tomato.
Buah tomato mengandungi Lycopene, yang dapat melindungi kulit kita dari selaran sinaran matahari. Pengambilan buah tomato dalam jumlah yang cukup setiap hari, dapat merangsang kolagen dalam kulit kita, sehingga kulit kelihatan anjal dan cantik.

6.  Protein Soya.
Soya termasuk dalam jenis kekacang dan kaya dengan protein. Protein soya kaya dengan Isoflavonoid yang sangat bermanfaat dalam menjaga kulit supaya kelihatan muda dan anjal. Pengambilan protein soya dalam jumlah yang cukup setiap hari, dapat membantu menjadikan kulit kita lebih cerah, sihat, gebu, cantik dan awet muda.....

7. Buah Epal.
Dalam buah epal terkandung zat yang bernama Quercetin dan Antioksidan yang dapat membantu mencegah masalah atau kerosakan yang berlaku pada kulit. Amalan memakan buah epal setiap hari, dapat membantu kita terhindar daripada penyakit kanser kulit. Namun harus berhati-hati, terdapat sedikit kandungan racun dalam biji epal, kita pun tak makan bijinya kan. Kalau tergigit pun, racun tersebut tidak terlalu berbahaya kepada manusia.

8.  Lakukan Ritual Kecantikan Setiap Hari Sebelum Tidur. 
Berikut adalah 4 langkah Ritual Kecantikan yang wajib kita amalkan jika ingin dapatkan kulit yang cantik dan awet muda :

Cara Mendapatkan Kulit Yang Putih, Bersih, Halus Dan Gebu Dengan Bahan Semulajadi

8.1  Membersihkan Wajah.
Membersihkan wajah sebelum tidur sangat penting dan banyak manfaatnya, salah satunya adalah untuk membersihkan sisa mekap, kotoran, debu dan juga peluh yang berada di permukaan kulit wajah kita. Ini kerana jika sisa mekap, kotoran, debu dan peluh yang masih melekat di kulit wajah kita, kemudian kita terus tidur, maka proses regenerasi kulit akan terbantut. Bahkan akan mendatangkan masalah pada kulit wajah, seperti munculnya jerawat, kulit menjadi merah dan terasa gatal. Selain itu jika kita rajin melakukan solat sunat tahajud dan sentiasa menjaga solat 5 waktu, wajah kita juga akan kelihatan cantik, berseri dan awet muda sentiasa.

8.2  Menggosok Gigi.
Kenapa harus menggosok gigi? Apa hubungannya dengan kecantikan? Secara logiknya memang menggosok gigi, tiada hubungan dengan menjaga kecantikan. Namun cuba kita bayangkan, apa jadinya jika ada wanita cantik, tapi giginya tidak sihat, misalnya giginya berwarna kuning, rongak dan berlubang. Keadaan ini sudah pasti akan menjejaskan kecantikannya, jadi sebelum itu terjadi maka mulailah menggosok gigi secara rutin, setiap malam sebelum tidur dari sekarang!

8.3  Gunakan Krim Pelembab Malam.
Penggunaan krim pelembab malam amat penting untuk melembabkan dan menyihatkan kulit wajah pada ketika kita tidur. Pada waktu kita tidur, badan kita berada dalam keadaan rehat, maka krim malam ini akan berfungsi merawat kulit wajah kita dan menghasilkan kulit yang cantik yang diidamkan oleh setiap wanita.


Cara Mendapatkan Kulit Yang Putih, Bersih, Halus Dan Gebu Dengan Bahan Semulajadi

8.4  Gunakan Masker
Ok, untuk tips yang terakhir, iaitu kita wajib memakai masker. Tapi di sini saya menyarankan agar kita menggunakan masker yang semulajadi, kerana masker yang semulajadi adalah yang terbaik, lebih selamat, berkesan dan tiada kesan sampingan. Masker berfungsi untuk melembabkan wajah, menghilangkan minyak berlebihan dan menyembuhkan jerawat.

Untuk mendapatkan hasil yang maksima, lakukanlah proses ritual ini setiap hari secara konsistan, kerana proses untuk menjaga kecantikan secara semulajadi ini, memerlukan kesabaran dan memerlukan sedikit masa untuk hasil yang diinginkan. Dengan melakukan proses penjagaan wajah seperti di atas, kita bukan saja akan mendapatkan kulit yang putih, bersih, gebu dan cantik, malah kulit kita akan lebih anjal dan terhindar dari berkedut sebelum waktunya.

Selain dari penjagaan luaran untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, pengambilan beberapa supplemen tertentu adalah sangat penting untuk rawatan dari dalam. Pengambilan Multivitamin, Vitamin B, Vitamin C, Vitamin E, Protein Soya dan Kolagen adalah sangat-sangat membantu untuk mendapatkan kulit yang putih, bersih, cantik, gebu dan anjal secara semulajadi dan berterusan. Supplemen yang terbaik semestinya Vitamin Shaklee. Kenapa? Kerana ianya adalah semulajadi, selamat dan berkesan. Ia juga adalah halal dan ada landmark study.


Demikianlah beberapa tips yang mudah untuk mendapatkan kulit yang putih, bersih, cantik, gebu dan anjal secara semulajadi. Jika anda ada tips-tips lain, sila kongsikan di ruang komen ye, semoga bermanfaat bagi sesiapa yang membacanya.....

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma, boleh hubungi saya Aini Musa 019-6436589

Anda berminat untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terbukti selamat dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei. Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!


(Shaklee ID : 1118070)
Sms/whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Taman Asean, Batu Berendam, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.

** Penghantaran Pos Laju Untuk Seluruh Malaysia.

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....


You may also like

1 ulasan:

  1. betul sgt, dulu daya gelap betul
    paki krim pun x berapa nk jadi
    srkg ni best je warna kulit x de le gelap mcm terbakar tu

    BalasPadam

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...