Cara Penjagaan Rahim Wanita Yang Patut Diamalkan Supaya Rahim Kekal Sihat Dan Mantap

1 Comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Rahim merupakan aset penting bagi seorang wanita. Bagi wanita yang dilahirkan sempurna dengan rahim, wajib menjaga aset penting ini sebaiknya. Rahim ni ibarat enjin bagi seseorang wanita.....Jika baik rahim, maka baiklah kesihatan badan wanita itu.....Kaum wanita memang sepatutnya menjaga rahim atau organ peranakan mereka dengan sempurna dan sehabis baik. Ini kerana, rahim yang sihat adalah sangat penting untuk menampung zuriat yang bakal lahir nanti. Sejak dulu lagi, pelbagai petua dari orang-orang lama, diberikan untuk penjagaan rahim. Seorang doktor juga telah memberi beberapa petua yang sangat bermanfaat, kepada kaum wanita untuk menjaga rahim dengan betul dan sempurna.


Cara Penjagaan Rahim Wanita Yang Patut Diamalkan Supaya Rahim Kekal Sihat Dan Mantap
Teruskan Baca.....

Cara Penjagaan Rahim Wanita Yang Patut Diamalkan Supaya Kekal Sihat - Dr Hamid Arshad.
Penjagaan rahim wanita adalah sangat penting, untuk mengelakkan bahagian yang menjadi lambang kewanitaan ini ditimpa pelbagai penyakit dan tidak boleh berfungsi dengan baik untuk menampung zuriat. Namun ketika ini, semakin ramai wanita yang berdepan dengan masalah ketumbuhan yang berkaitan dengan rahim. Lebih malang lagi jika rahim dihidapi penyakit yang amat digeruni oleh wanita, seperti kanser rahim dan sebagainya sehingga mengakibatkan rahim dibuang, dan tidak boleh berfungsi dengan sepatutnya. Ini sangat menyedihkan..... Atas sebab itu lah Pakar Sakit Puan terkenal, Dr. Hamid Arshad membuat perkongsian ini. 


Cara Penjagaan Rahim Wanita Yang Patut Diamalkan Supaya Rahim Kekal Sihat Dan Mantap
Wanita sangat istimewa, Allah ciptakan rahim untuk wanita sebagai wadah pertumbuhan janin yang bermula dari nutfah, kemudian menjadi alaqah dan mugdah. Seterusnya ia berkembang dan membesar membentuk organ-organ dan anggota badan yang sempurna, dan akhirnya ditiupkan roh dalam umurnya 120 hari (4 bulan). Semua proses ini berlaku dalam perlindungan dan naungan rahim seorang wanita yang sihat rahimnya.

Amat malang sekali jika rahim ditimpa penyakit dan tidak dapat berfungsi dengan sepatutnya. Pada kebiasannya penyakit yang sering menimpa rahim wanita adalah ketumbuhan seperti adenomyosis dan membesar seperti hamil 5 bulan. Gejala yang dialami pesakit ialah senggugut yang teruk, pendarahan yang banyak, serta menjadi mandul. Amat menyedihkan apabila situasi ini berlaku kepada kita. Ketumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim wanita ialah fibroid. Walaupun ia menimbulkan gejala-gejala yang sama seperti adenomyosis, tetapi ia boleh dibuang dengan cara pembedahan dan dipulihkan kemempuan wanita untuk hamil.

Berikut Adalah Cara-cara Menjaga Rahim Dengan Betul Dan Sempurna. 
1. Sejarah Keluarga.
Anda harus berwaspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga seperti ibu, nenek, ibu saudara dan adik beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka atau keturunan, yang mungkin menyumbang sebanyak 10% kepada faktor-faktor penyebab. Elakkan dan jauhkan dari faktor-faktor penyebab yang timbul dari persekitaran.

2. Kehamilan.
Fungsi utama rahim wanita ialah untuk menampung kehamilan. Berkhawin dan hamil awal ketika usia muda, boleh mencegah dari ketumbuhan fibroid dan adenomyosis. Ketika hamil, otot rahim membesar  dan kembang sehingga 1000 kali normal. Selepas bersalin, ia kuncup semula kepada saiz asal. Proses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil, lebih terancam oleh penyakit ketumbuhan fibroid dan adenomyosis.

3. Keseimbangan Hormon.
Rahim sangat dipengaruhi oleh dua hormon wanita iaitu, estrogen dan progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia), manakala progestrone meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel-sel otot rahim (myometrial hypertrohy).


Cara Penjagaan Rahim Wanita Yang Patut Diamalkan Supaya Rahim Kekal Sihat Dan Mantap

Kedua-dua hormon tersebut perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim. Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan wanita, serta ciri-ciri kewanitaan dan kecantikan. Tetapi apabila ia berlebihan dan tak seimbang, estrogen boleh menimbulkan bermacam-macam penyakit dan gangguan. 
Di antaranya :
*  Ketumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
*  Ketumbuhan adenoma dan kanser payudara.
*  Kemandulan dan sukar hamil.
*  Pendarahan rahim.

Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan. Sesetengah makanan seperti makanan yang bersumberkan kacang soya, juga menjadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik, sterofoam dan insecticide, spray pewangi dan produk kosmetik mengeluarkan xenoestrogen. Pengambilan harian walaupun sedikit xenoestrogen, akan dikumpul dan mengikat kepada reseptor estrogen, menyebabkan ketidakseimbangan sistem endokrin dengan kesan-kesan kesihatan yang teramat buruk.

4. Faktor Gangguan Hormon.
Faktor yang menganggu keseimbangan hormon adalah seperti, tahap estrogen tinggi dan progesterone rendah yang menyebabkan pelbagai penyakit. Di antara faktor-faktor yang menyebabkan gangguan hormon terjadi ialah, tekanan fizikal, stress mental dan gangguan emosi. Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemukkan (obesiti) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen meningkat tinggi sedangkan progesterone berkurangan. Tangani dan kawal semua jenis stress.

5. Mulakan Penjagaan Rahim Dari Awal.
Penjagaan rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak. Sering kali anak perempuan dijangkiti kuman di luar farajnya, akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah ketahanan/immuniti, disebabkan tidak suka makan sayur dan buah-buahan. Jika menghadapi masalah lelehan/vaginal discharge, cuci faraj dengan air garam, ia adalah antiseptik terbaik untuk wanita. Beri mereka supplemen Vitamin C, di samping multivitamin dan minyak ikan, kepada anak perempuan. Supplemen tersebut akan meningkatkan ketahanan/immuniti untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya pada rahim.


Cara Penjagaan Rahim Wanita Yang Patut Diamalkan Supaya Rahim Kekal Sihat Dan Mantap

6. Berlebihan Berat Badan.
Kegemukan perlu dikawal dari umur kanak-kanak dan remaja. Dewasa ini, kanak-kanak terlalu suka 'junk food' dan 'fast food'. Ibubapa biasanya melayani kehendak mereka, sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka masa panjang. Remaja mula dilanda kegemukkan bila belajar di sekolah berasrama, kolej dan universiti. 

Mereka makan terlalu banyak makanan segera, kononnya tidak berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat pada makanan yang disajikan. Bermula di sini, gangguan haid berlaku, iaitu sama ada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan ketidak seimbangan hormon-hormon wanita dan akhirnya merosakkan rahim.

7. Elakkan Melakukan Maksiat.
Remaja perlu dididik untuk menjaga kehormatan diri, agar tidak terjebak ke dalam maksiat perzinahan, kerana ramai yang terjerat dengan berbagai gejala seperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakan, dan akhirnya akan merosakkan rahim dan menjadi mandul apabila berkhawin kelak.

8. Ketika Datang Haid.
Banyakkan berzikir dan berselawat waktu datang haid. Beberapa panggilan untuk datang haid ialah 'datang kotor' atau 'datang bulan'. Memang ada disebut dalam Al-Quraan, wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan suami dilarang melakukan hubungan, selagi isteri belum bersih dan telah mandi wajib. 

Sering kali juga haid tidak lancar keluar, dan ada kalanya 'tumpah/melimpah' ke belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat gangguan sistem pembersihan darah haid. Bila sistem ini gagal berfungsi akibat penurunan immuniti, ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stress, darah haid akan menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis.

9. Cegah Jin Dan Syaitan.
Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim, menggalakkan gangguan jin dan syaitan. Sebab itu lah ketika haid, wanita tidak boleh solat dan membaca Al-Quraan, sebaiknya banyakkan berzikir dan berselawat sebagai mencegah gangguan jin dan syaitan.

10. Makanan.
Banyak makanan yang membantu dalam menjaga rahim, di antaranya ialah nenas yang mengandungi enzim bromalin dan betik yang mengandungi enzim papase. Kedua-dua enzim ini berperanan untuk membersihkan darah kotor di belakang rahim. Makanan-makanan tradisi seperti keledek merah, membekalkan sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim. Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti radang juga berperanan menjaga rahim.

Perbanyakkan makan sayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi, pucuk paku, kobis, kacang, lobak, brokoli, taugeh dan lain-lain. Banyakkan makan buah-buahan seperti jambu, oren, mangga, epal, nenas, betik, buah naga dan lain-lain. Makan pelbagai jenis kacang seperti gajus, almond, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama kismis dan kurma.

Makan lebih banyak ikan seperti ikan kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain-lain. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioxidant yang tinggi yang boleh mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.

11. Pengambilan Vitamin.
Amalkan pengambilan vitamin iaitu multivitamin, vita c (1GM), vita e (400IU), kalsium dan minyak ikan (1-2000GM) setiap hari sehingga akhir hayat.
Sumber : Dr. Hamid Arshat.


Cara Penjagaan Rahim Wanita Yang Patut Diamalkan Supaya Rahim Kekal Sihat Dan Mantap

Pastikan anda memilih vitamin yang terbaik iaitu yang semulajadi, selamat dan berkesan. Vitamin yang terbaik di pasaran abad ini adalah vitamin shaklee. Jadilah individu yang bijak, pilihlah vitamin yang sentiasa selamat, semulajadi dan berkesan untuk kesejahteraan diri sendiri. Bertukarlah ke arah yang lebih baik. Jangan ragu-ragu dan bertindaklah sekarang untuk menghubungi saya Aini Musa 019-6436589 bagi mendapatkan vitamin-vitamin shaklee yang sangat berkualiti ini.

Demikianlah beberapa cara penjagaan rahim yang patut kita sebagai wanita mengamalkannya, demi kesihatan diri kita sendiri. Memiliki rahim yang sihat dan mantap adalah lambang wanita sejati. 

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma, boleh hubungi saya Aini Musa 019-6436589.

Anda berminat untuk menjadi Pengedar Sah Produk Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terbukti selamat dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

  
Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!


 Klik Sini

(Shaklee ID : 1118070)
Sms / whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Sekitar Taman Asean, Batu Berendam, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.

** Penghantaran Pos Laju Untuk Seluruh Malaysia.

Terima Kasih.

Salam ceria, Aini..... 



You may also like

1 ulasan:

  1. bila nutrisi cukup, badann pun sihat. kesihatan pun menyeluruh

    BalasPadam

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...