MASALAH HAID TIDAK TERATUR, PUNCA DAN PENAWAR ALTERNATIF

0 Comments
Assalamualaikum, salam sejahtera.

Haid tidak teratur ni sememangnya merungsingkan. Bulan ni datang, dua tiga bulan tak datang. Bulan berikutnya datang semula. Risau, risau.....kerana haid yang tak stabil ni menjadikan kita rasa macam tak sempurna seperti wanita lain. Ye lah kan, wanita lain tu setiap bulan datang haid, tapi tidak kita. Bagi yang sudah berkhawin pula, tentu menjadi lebih sukar untuk merancang bagi mendapatkan zuriat, bila terjadinya keadaan haid yang tidak stabil ni kan.


Masalah haid yang tidak teratur ini, bukanlah satu masalah kecil sebenarnya, walaupun nampak macam tak ada apa-apa. Masalah-masalah lain, seperti sukar hamil walaupun dah lama berkhawin, badan sering rasa letih lesu, emosi sering terganggu, sehingga menjejaskan hubungan suami isteri, merupakan kesan-kesan dari masalah haid yang tak teratur. Ini sangat membimbangkan. Justru itu kita perlu berusaha untuk mencari alternatif yang selamat bagi membantu merawat masalah tersebut.




Bagi individu yang beragama Islam, elok amalkan doa ini ketika hari pertama 
datang haid. Semoga bermanfaat.

Apakah Yang Sebenarnya Yang Dimaksudkan Dengan Kitaran Haid?
Kitaran haid adalah siri bulanan perubahan yang dilalui oleh badan wanita dalam persediaan untuk kehamilan. Setiap bulan, salah satu ovari melepaskan telur dan proses ini dipangil ovulasi. Pada masa yang sama, perubahan hormon menyediakan rahim untuk kehamilan. Jika ovulasi berlaku dan telur tidak disenyawakan, lapisan rahim akan luruh melalui faraj. Ini adalah satu tempoh di mana haid akan keluar.

Bagaimana Dikatakan Haid Stabil Atau Kitaran Haid Normal?
Kitaran haid, yang dikira dari hari pertama sesuatu haid dengan hari pertama akan datang, perlu diingat bahawa ianya tidak sama untuk setiap wanita. Aliran haid mungkin berlaku setiap 21 hingga 35 hari dan biasanya terjadi 2-7 hari. Untuk beberapa tahun pertama selepas haid bermula, kitaran haid yang panjang adalah perkara biasa. Walaubagaimanapun, kitaran haid cenderung untuk menjadi lebih pendek selari dengan peningkatan usia.

Kitaran haid juga dianggap normal bila tempohnya sama setiap bulan atau berbeza hari tapi masih datang setiap bulan. Sakit atau lenguh-lenguh badan ketika haid juga dianggap normal.

Bagaimana Pula Keadaan Haid Yang Tidak Teratur?
Kitaran haid yang tidak teratur bermakna tempoh di antara tempoh berbeza setiap bulan. Iaitu, kadang-kadang ia datang setiap 28 hari, kadang-kadang setiap 20 hari, kadang-kadang setiap 30 hari. Ada juga kes yang berbulan tak datang haid, kemudian datang semula. Dan ada berbagai-bagai lagi keadaannya.

Apakah Yang Menyebabkan Haid Tidak Stabil?
Kitaran haid yang tidak stabil ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor berikut :

1) Faktor kehamilan atau penyusuan bayi
    -   Tempoh haid yang lambat, memberi tanda awal kehamilan. 
    -   Menyusu bayi juga biasanya melambatkan kedatangan haid selepas bersalin.

2) Gangguan Pemakanan.
    -   Penurunan berat badan yang melampau atau senaman yang berlebihan.
    -   Gangguan pemakanan, sererti anaroksia nervosa.

3) Sindrom Polycystic Ovari (PCOS).
    -   Ini adalah gangguan hormon yang boleh menyebabkan cyst kecil untuk terjadi pada
        ovari dan haid yang tidak teratur.
    -   Wanita dengan PCOS mempunyai gangguan fungsi ovari kronik yang tidak normal dan
        tahap androgen yang luar biasa tinggi (hiperangrogenisme). Androgen adalah hormon
        seks lelaki.

4) Kegagalan Ovari Pra-matang.
    -   Kegagalan ovari pra-matang merujuk kepada kehilangan fungsi ovari yang normal
        sebelum usia 40 tahun, iaitu haid terhenti sebelum mencapai usia 40 tahun. Wanita
        yang mempunyai kegagalan ovari pra-matang mungkin mempunyai haid yang tidak
        teratur atau jarang dalam setahun.

5) Penyakit Keradangan Pelvis (PID)
    -   Jangkitan organ-organ pembiakan boleh menyebabkan pendarahan haid yang tidak
        teratur.

6) Fibroid Rahim.
    -   Fibroid rahim adalah ketumbuhan bukan barah rahim. Mereka boleh menyebabkan 
        pendarahan haid lebih banyak dan tempoh haid menjadi lama.

7) Gangguan Tiroid (Hyperthyroidism or hypothyroidism).
    -   Haid yang tidak teratur mungkin disebabkan oleh gangguan tiroid. Kelenja tiroid 
        menghasilkan hormon yang mempengaruhi metabolisme badan kita.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengatasi Masalah Haid Tidak Teratur?
Rawatan adalah bergantung kepada sebab kenapa haid tidak teratur. Dapatkan konsultasi
dan pemeriksaan lanjut dengan doktor pakar sakit puan jika mengalami tempoh haid tidak
stabil yang lama. Buat UPT untuk mengetahui anda hamil atau tidak. Jika disebabkan oleh
hormon yang tidak stabil, PCOS ataupun fibroid, VIVIX dan GLA Complex adalah cadangan
supplemen untuk anda bagi membantu menstabilkan semula hormon dalam badan.




Vivix kaya dengan Resveratrol dan Polyphenols bagi membantu menangani pelbagai masalah kesihatan keseluruhan termasuklah menstabilkan hormon bagi membantu menangani masalah haid yang tidak teratur. In sya Allah.....




GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linoleik (GLA), asid linoleik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Kebiasaannya digunakan untuk menstabilkan kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause.

Saya kongsikan di sini testimoni pengguna GLA untuk masalah haid tidak teratur.

# TESTIMONI 1

# TESTIMONI 2

Bagi masalah tiroid pula, rujuk doktor untuk nasihat lanjut bagi mengenalpasti jenis tiroid
yang dihidapi.

Bagi yang mengalami haid tidak teratur disebabkan oleh penurunan berat badan yang melampau, anda perlu kawal semula proses diet agar tidak memberi kesan yang boleh membahayakan tubuh badan.

Bagaimana untuk mendapatkan VIVIX dan GLA sebagai supplemen alternatif bagi membantu merawat masalah haid tidak stabil?

Untuk sebarang pertanyaan, pembelian produk dan konsultasi secara percuma boleh hubungi kak Aini.


Shaklee Distributor : 1118070 untuk Negeri Melaka.


SMS / WhatsApp : 019 6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Melaka Sentral, Taman Asean, Pulau Gadung, Cheng, Malim, Batu Berendam, Tanjong Minyak, Bukit Rambai, Tangga Batu, Tanjong Kling, Klebang, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.

** Penghantaran Pos Laju untuk Seluruh Malaysia.

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....




You may also like

Tiada ulasan:

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...