Apa Bezanya Antara Ubat (Medicine) Dengan Vitamin (Food Supplement)?

2 Comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Hari ni saya nak cerita tentang Perbezaan Antara Ubat (Medicine) Dengan Vitamin (Supplements).....
(amboi.....dah macam doktor lah pulak saya ni kan.....hahahahaha..... tapi yang pastinya saya bukan doktor ye, saya ni cuma seorang pencinta vitamin).


Memang ramai di kalangan kita yang masih keliru untuk membezakan antara ubat dan vitamin. Tak kurang juga yamg bertanya pada saya, perlu ke kita makan vitamin, kalau kita dah ambil makanan yang seimbang? Jawapan saya, mestilah YA, kerana badan kita tak boleh menghasilkan (sintesis) vitamin sendiri, kecuali Vitamin D (hanya perlukan cahaya matahari).
Apa Bezanya Antara Ubat (Medicine) Dengan Vitamin (Food Supplement)?

Dengan gaya hidup yang semuanya nak cepat, nak segera, selalu makan 'fast food', kadang-kadang tak sempat makan sebab sibuk dengan kerja, makan pun tak tentu masa, semua ini perlahan-lahan akan menjejaskan kesihatan kita tanpa kita sedari. Selain itu, makanan seimbang yang kita makan tu pun belum tentu dijamin cukup vitaminnya, kerana kebanyakkan bahan mentah seperti sayuran, buahan dan sumber protein, telah diubah genetiknya supaya cepat mendapatkan hasilnya dan banyak. Proses memasak juga memusnahkan banyak vitamin. Jadi apa sebenarnya yang kita makan? Cukupkah vitamin dari makanan yang kita ambil untuk keperluan harian kita?

Salah Faham Tentang Vitamin.
1. Vitamin (supplement) tu ubat ke?
TIDAK -----> Vitamin bukan ubat. Ubat terdiri daripada bahan jenis dadah yang 'asing' untuk tubuh badan kita. Vitamin pula adalah makanan tambahan yang berkhasiat untuk pembina tubuh yang diperlukan oleh badan kita.


Apa Bezanya Antara Ubat (Medicine) Dengan Vitamin (Food Supplement)?

2. Perlu ke kita ambil vitamin lagi, kalau dah makan makanan yang seimbang?
Bila diteliti semula diet harian kita, kebanyakkan yang kita makan tu HAMPAS sahaja. Ini kerana proses memasak telah memusnahkan vitamin-vitamin yang ada pada makanan tersebut. Kalau ada pun vitamin, cuma sedikit saja dan tidak cukup untuk menampung keperluan harian tubuh kita.

3. Adakah semua vitamin yang ada di pasaran tu sama saja?
TIDAK -----> Kebanyakan vitamin di pasaran adalah dari sumber sintetik. Vitamin dikategorikan kepada 3 jenis iaitu : sintetik, organik dan semulajadi. Vitamin yang terbaik adalah dari sumber yang semulajadi.

4. Adakah vitamin memberi kesan sampingan?
YA, sekiranya ia dari sumber sintetik. Vitamin dari sumber yang semulajadi TIDAK memberi kesan sampingan.

5. Adakah vitamin hanya diperlukan oleh orang yang kurang nutrisi seperti mangsa kebuluran?
TIDAK -----> Vitamin adalah untuk orang yang sedar akan kepentingan menjaga kesihatan.
~ Tahukah anda kebanyakkan rasa penat, letih, lesu, stress dan sebagainya adalah petanda anda kekurangan vitamin?
~ Tun Dr. Mahathir adalah seorang pengamal vitamin, cuba bandingkan diri beliau (dari segi fizikal dan buah fikirannya) dengan atuk kita yang seusia dengannya (yang tidak ambil apa-apa vitamin). Nampak kan..... bezanya.

Berikut adalah secara ringkas perbezaan di antara ubat dan vitamin, untuk kita jadikan sebagai panduan bersama. Jom baca!

Ubat (Medicine) VS Vitamin (Food Supplement).
1. Ubat (Medicine) - adalah bahan yang ganjil dengan tubuh, ia bukan sebahagian daripada tisu-tisu badan kita dan tidak juga menyumbang kepada pembinaan sel badan.

Vitamin (Food Supplement) - adalah nutrien berkhasiat, semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kekurangan vitamin, kita akan alami beberapa kelemahan dan kegagalan fungsi organ dalam badan.

2. Ubat - merupakan ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi badan dengan menganggu tindakan biokimia dan proses-proses enzime.

Vitamin - adalah nutrien berkhasiat yang membantu tindakan biokimia dan proses enzime dalam tubuh badan kita.

3. Ubat - boleh menyebabkan kesan sampingan, kebanyakkannya boleh kekal dalam badan. Aspirin contohnya boleh menyebabkan gangguan dalam perut, loya, gangguan penglihatan, telinga berdengung, bintik merah, gangguan penghadaman dan sebagainya.

Vitamin - tidak menimbulkan kesan sampingan. Jika terlebih dos, ia hanya akan menyebabkan gangguan sementara sahaja. Oleh kerana badan membina sistem enzime untuk menghadapi bahan berkhasiat, ia juga bersedia menghadapi keadaan terlebih dos.

4. Ubat - baik dimakan biasanya di antara dua waktu makan bagi mengelakkan kesan saling mempengaruhi di antara satu sama lain.

Vitamin - bertindak lebih baik secara bersatu di antara satu sama lain ibarat rantaian. Malah kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang terbaik. Boleh diambil bersama makanan. Ia berkesan menyerap bersama makanan dan meningkatkan kesan penghadaman makanan.

5. Ubat - berkemungkinan boleh mengakibatkan maut jika digunakan secara berlebihan.

Vitamin - adalah selamat diambil. Tiada satu pun kenyataan yang tercatat mengenai bahayanya pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

6. Ubat - menghasilkan kesan sampingan kepada setiap orang.

Vitamin - tidak menghasilkan kesan sampingan kepada tubuh, kecuali jika kita mengalami kekurangan vitamin tersebut.

7. Ubat - bertindak cepat, secara agresif dan kita akan nampak kesan tindakan ubat dalam masa beberapa minit atau jam.

Vitamin - bertindak secara perlahan-lahan, mengambil masa yang lama untuk memberi kesan baik kepada tubuh.

8. Ubat - hanya mengurangkan kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi tidak merawat punca penyakit. Ianya hanya meredakan kesakitan, tapi tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. ** Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu sistem. Perlu pengawasan rapi bagi mengelakkan 'Overdose'.

Vitamin - bertindak merawat terhadap punca penyakit, sekiranya ia digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu vitamin yang tertentu, menambah pengambilannya akan dapat mengatasi masalah kerosakkan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi. Tidak perlu pengawasan yang rapi. Badan boleh menerima bekalan vitamin secara terhad, jika bekalan mencukupi maka ia tidak akan menerimanya lagi.

9. Ubat - orang yang lebih tua perlukan ubat dalam sukatan lebih rendah kerana mereka mudah mendapat kesan sampingan yang lebih serius berbanding orang muda.

Vitamin - orang yang lebih tua perlukan lebih banyak sukatan vitamin kerana faktor kekurangan yang berlarutan serta sistem penghadaman yang semakin lemah.

10. Vitamin - mengawal badan dari terkena penyakit dengan menguatkan sel-sel dari serangan kuman, bakteria dan virus serta melambatkan proses kemerosotan fungsi organ dalaman badan.

Pendek kata, ubat diambil ketika kita sakit sahaja. Ia mengandungi dadah untuk merawat penyakit dengan cepat.

Sebaliknya Supplement boleh diambil pada bila-bila masa sahaja untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita. Supplement adalah Nutrien Yang Berkhasiat untuk membantu menyokong kesihatan sistem dalaman badan supaya dapat berfungsi dengan lebih baik.


Apa Bezanya Antara Ubat (Medicine) Dengan Vitamin (Food Supplement)?
                                                "Jom Sihat Sepanjang Hayat"

Jika sistem badan kita berfungsi dengan baik dan semua organ dalaman badan mendapat khasiat yang sepatutnya, ia akan dapat mengelakkan pelbagai penyakit daripada bertandang. Senang cerita, "Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati".

Semoga dengan penerangan di atas, sedikit sebanyak dapat membantu kita semua agar dapat mengenal pasti dan memahami tentang perbezaan antara Ubat dan Vitamin. 

** Vitamin bukan ubat, tapi ia memberi apa yang hak pada tempatnya.

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....  



You may also like

2 ulasan:

  1. perkongsian yg bagus!

    Jom ke www.maisarahsidi.com :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.....tq Maisarah.....

      Padam

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...